Bekas Anggota KPOP F(X), Sulli Ditemui Mati

Seorang lagi selebriti Korea yang meragut nyawa sendiri

Dunia hiburan Korea dikejutkan dengan berita kematian salah satu selebritinya, Sulli petang tadi. Berita itu disiarkan dalam salah satu berita dalam talian tempatan Korea, Koreaboo.

Menurut Koreaboo, polis sudah mengesahkan bekas anggota f(x) itu telah meninggal dunia akibat mengambil nyawanya sendiri. Mayatnya ditemui oleh pengurus penyanyi itu sendiri di rumahnya pada 3:21 petang tadi setelah penyanyi itu gagal dihubungi.

Menurut kenyataan rasmi daripada pihak polis, Sulli mengalami kemurungan yang teruk namun kenyataan ini masih belum disahkan oleh syarikat naungan Sulli mahupun keluarganya.

Namun, Sulli pernah mengakui dalam salah satu rancangan realiti Korea, Reply Night yang hidupnya terasa kosong dan dia hanya berpura-pura di depan semua orang dengan berlakon seolah dia sedang bahagia.

“Hidup saya sebenarnya kosong, jadi saya rasa saya telah berbohong kepada semua orang dengan berpura-pura gembira di luar.

Saya banyak bertanya kepada orang untuk mendapatkan nasihat. Mereka memberitahu saya, ‘Semua orang mempunyai sisi gelap dalam hidup mereka tetapi mereka berpura-pura bahawa ia tidak wujud. Jangan fikirkannya sebagai sesuatu perkara yang aneh,”-Sulli, Koreaboo.

Tambah laporan itu lagi, pihak polis telah mendedahkan bahawa penyanyi berusia 25 tahun itu ditemui mati bunuh diri setelah menggantung dirinya di rumah dari tingkat dua. Namun tiada sebarang surat atau nota ditemui sehingga kini.

SM Entertainment, syarikat naungan Sulli telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai berita kematian penyanyi itu.

“Ini adalah SM Entertainment.

Dengan rasa berduka cita, ingin kami memberitahu kepada semua mengenai berita yang menyedihkan ini. Sulli telah pergi meninggalkan kami.

Kami masih tidak dapat mempercayai situasi ini dan kami semua sedang berada dalam keadaan yang sedih.

Kami berharap tiada artikel atau khabar angin mengenai keluarga Sulli yang sedang bersedih dengan tragedi yang berlaku secara tiba-tiba. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Sulli,”- SM Entertaintment.

Sehubungan dengan itu, rakan anggota f(x), Amber telah membuat keputusan untuk menghentikan semua aktivitinya untuk sementara.

View this post on Instagram

악!!!!!! 밤🌙

A post shared by 설리가진리 (Sulli) (@jelly_jilli) on

Sebelum ini, SM Entertainment turut kehilangan salah seorang artisnya, Jonghyun daripada SHINee akibat bunuh diri.

Sumber: Koreaboo