Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Semoga Bunga Citra Lestari dan keluarga Allahyarham sentiasa tabah.

Terkejut, itulah yang dirasakan apabila pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung pada usia 40 tahun.

Ashraf Sinclair

Berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL disahkan oleh Doddy yang juga pengurus kepada BCL menerusi portal berita Indonesia, Kompas.com. Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada jam empat pagi tadi.

Allahyarham dilahirkan di London pada 18 September 1979. Abang kepada model, Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai apabila membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005 bergandingan dengan Nur Fazura.

Dia kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Jelita ingin mengucapkan takziah kepada BCL dan semua ahli keluarga Allayarham.

Sumber Gambar: Instagram