7 Selebriti Yang Berani Mencari Kebahagian Kedua

Kegagalan bukan penghalang untuk mereka kembali bahagia.

Memulakan kehidupan baru selepas gagal buat kali pertama mungkin bukanlah perkara mudah. Namun itu bukan bermakna anda tidak boleh melakukannya. Apa yang diperlukan adalah keberanian, sama seperti tujuh selebriti yang Jelita kongsikan ini yang berani untuk mencari kebahagian kedua.

1 of 7

Fasha Sandha

Siapa yang tidak mengenali aktres jelita ini yang sudah  melangsungkan perkahwinan keduanya bersama pelakon Aidil Aziz. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Tan Sri Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai. Perkahwinan yang hanya bertahan selama empat tahun itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Selepas tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal, dia disunting menjadi suri hidup Aidil.

1 of 7