10 Lagu Ini Antara Yang Popular Pada Tahun 2019

Mana satu lagu kegemaran anda?

Siapa sahaja yang tidak suka dengarkan lagu? Menurut kajian yang dijalankan, mendengar muzik dapat membantu menenangkan minda dan juga tubuh badan. Sekali gus dapat mengurangkan tekanan yang dialami. Jadi, sebelum kita melangkah ke dekad baru, mari imbas kembali antara lagu yang popular pada tahun ini.

9 of 10

Boys With Luv- BTS feat. Halsey

Dikeluarkan pada 12 April 2019 oleh Big Hit Entertainment, lagu ini adalah single pertama daripada album keenam kumpulan KPOP terkenal itu. Muzik video lagu ini telah mendapat paling banyak tontonan dalam masa 24 jam, meraih lebih daripada 74.6 juta tontonan pada hari pertama ia dikeluarkan dan sehingga kini ia telah mendapat lebih daripada 650 juta tontonan di YouTube. Pada 24 Jun 2019, Billboard telah mengumumkan lagu ini telah menerima Platinum oleh RIAA. Ia juga telah memegang rekod sebagai lagu yang paling banyak menerima anugerah di rancangan muzik selepas tahun 2000 di Korea Selatan dengan 21 kemenangan.

9 of 10