Blu Inc IWD 2020: Tiga Wanita ‘Stand Together’ Atasi Cabaran!

Nantikan video penuh pada 8 Mac 2020!

Memperkasa wanita tidak kira apa jua latar dan kisah yang dilaluinya, itu adalah inti pati kempen #IWDBluInc2020 yang diketengahkan sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini.

Dalam satu video berdurasi tiga minit, kempen #StandTogether ini melakar penceritaan mengenai tiga wanita yang berhadapan tiga realiti kehidupan berbeza. Video penuh mengenai jalan cerita yang bakal mencuit hati ini bakal ditayangkan di kesemua platform media sosial Blu Inc termasuk Jelita dan Her Inspirasi pada 8 Mac 2020 ini. Nantikan!

Lebih menarik lagi, Blu Inc Media turut menampilkan lima dinding interaktif  atau backdrop Instagram di Pavilion Kuala Lumpur dan kami mahu mengundang semua wanita di Malaysia untuk berkongsi dan mendalami lebih lanjut mengenai diri mereka. Dinding interaktif ini akan mula dipasang dari 6 hingga 22 Mac 2020 di sekitar Pavilion Kuala Lumpur.

Anda boleh berkunjung ke dinding interaktif ini yang terletak di:

  1. Pintu utama, Tingkat Tiga
  2. Connection, Tingkat Tiga (bersebelahan Quivo)
  3. Connection, Tingkat Tiga (berhadapan Illy Café)
  4. Pavilion Elite, Tingkat Empat
  5. Dining Loft, Tingkat Tujuh

Bersempena dua projek mega ini, Blu Inc Media mahu melaungkan mesej perpaduan wanita menerusi penceritaan dan penyertaan anda. Menerusi moto, “Ayuh berdiri bersama wahai wanita, dan bersuaralah!” Itulah yang anda perlu lakukan bagai mencapai persamaan. Kempen yang dilancarkan ini sejajar dengan tema global bagi Hari Wanita Sedunia yang menyuarakan #EachForEqual.

Filem Pendek Stand Together

Dengan kerjasama padu bersama tiga jenama terkenal, Samsung Malaysia, Kosē dan Fossil, Blu Inc Media berjaya menerbitkan filem pendek tiga minit yang berkenaan, dengan inti pati padu – Stand Together.

Video berdurasi tiga minit tanpa dialog ini berkisar jurnal hidup tiga wanita; Mia (lakonan Sharifah Sakinah), Geetha (Sangeeta Krishnasamy) dan Soo (Jasmine Suraya Chin) yang masing-masing sedang bertarung dengan masalah tersendiri. Satu hari tanpa diduga, kisah mereka saling berkait dan apa yang akan berlaku bakal mengubah segalanya, buat selamanya.

Mesej di sebalik filem pendek ini cukup mudah dan terus ke hati, matlamat unggulnya adalah bagaimana wanita perlu berdiri untuk satu sama lain, selain untuk dirinya sendiri.

Nantikan dan kongsikan video dengan mesej bergaya, berilmu ini apabila ia ditayangkan pada 8 Mac 2020.

Di sini, sedikit previu di sebalik tabir sewaktu penggambaran video Stand Together.

1 of 9

1 of 9