Blu Inc IWD 2020: ‘Stand Together’ Bukti Wanita Perlu Bersatu!

Wanita perlu berdiri bersama untuk mencapai hak kesaksamaan.

Selamat Hari Wanita Sedunia! Tema sambutan tahun ini adalah #EachForEqual – memberikan peringatan tepat pada masanya untuk bertanggungjawab terhadap pemikiran dan tindakan kita sendiri, dan untuk berdiri teguh dan menyuarakan pendapat serta hak wanita. Walaupun kita mungkin tidak banyak memberi kesan jika sendirian namun secara kolektif wanita yang perkasa dan juga lelaki boleh membantu untuk mewujudkan dunia di mana jantina berbeza diberikan layanan dan hak yang sama.

Dengan semangat ini, Blu Inc Media meraikan wanita perkasa pada 8 Mac ini melalui penceritaan dan penyertaan visual. Melalui ini, kami berharap dapat memberikan inspirasi kepada wanita untuk ‘Stand Together’, bersuara dan memastikan suara kita sentiasa didengari.

Filem Pendek ‘Stand Together’

Dengan kerjasama Samsung, KOSÉ dan Fossil, filem pendek ini dibawakan kepada anda oleh Blu Inc Media.

Berdurasi selama tiga minit, filem pendek tanpa dialog ini mengisahkan tentang tiga wanita dengan latar belakang berbeza iaitu Mia, Geetha dan Soo yang masing-masing punya masalah dan berdepan dengan cabaran dalam kehidupan.

Siapa sangka, kisah tiga wanita ini mula berkait dan di situlah mereka bersatu untuk mengatasi cabaran yang mereka alami.

Mesej di sebalik filem pendek ini adalah kesatuan wanita. Matlamatnya adalah wanita perlu bersatu untuk diri sendiri dan wanita lain.

Dibintangi oleh pelakon cantik berbakat iaitu Sharifah Sakinah sebagai Mia, Sangeeta Krishnasamy sebagai Geetha dan Jasmine Suraya Chin sebagai Soo.

Dinding Interaktif

Selain daripada filem pendek ini, Blu Inc Media turut menyediakan lima dinding interaktif untuk anda libatkan diri dalam kempen ini di Pavilion Kuala Lumpur. Setiap dinding mengandungi mesej yang memberikan inspirasi. Kongsikan tentang diri anda dan cari lebih lanjut mengenai diri anda melalui petikan daripada wanita berpengaruh, kata-kata motivasi, serta tinjauan yang mendedahkan pandangan tentang minda dan gaya hidup semasa anda.

Dinding itu akan berada di sana bermula 6 hingga 22 Mac.

Anda boleh temuinya di lokasi ini:

  1. Pintu utama, Tingkat Tiga
  2. Connection, Tingkat Tiga (bersebelahan Quivo)
  3. Connection, Tingkat Tiga (berhadapan Illy Café)
  4. Pavilion Elite, Tingkat Empat
  5. Dining Loft, Tingkat Tujuh

Terdapat juga peraduan untuk anda ambil bahagian dengan hadiah menarik daripada KOSÉ dan Fossil. Ikuti kami di laman media sosial ini untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Facebook Majalah Jelita

Instagram Majalah Jelita