Bertukar Kepada Pad Sanitari Daripada Kapas Organik

Turut datang dengan pakej ENYA Basics secara percuma

Pengasas ENYA, Izara Aishah dan Elaine Hong dengan kerjasama dengan wanita berpengaruh yang lain seperti Yise Loo, Tya Ariffin dan Adeline Tsen telah meraikan pelancaran rasmi ENYA di Saro Lounge.

Selain daripada pelancaran tersebut, tetamu yang hadir juga turut berbincang telah soalan yang selalunya tidak biasa dibincangkan di luar seperti, “berapa umur ketika anda datang haid?” dan “kisah kali pertama datang haid?”. Pelakon, Izara Aishah tidak ketinggalan dalam berkongsi pengalaman masa pertamanya datang haid dengan mengatakan keluarganya telah mengadakan perayaan yang besar untuknya.

Bagi Izara, dia berminat untuk menjadi pengasas bersama ENYA kerana dia ingin memberikan kehidupan yang lebih mudah untuk wanita kerana baginya pemerkasaan wanita bermula daripada perkara yang kecil seperti membuat pilihan untuk badan anda.

Selain daripada memberikan keselesaan kepada wanita, ENYA juga turut mengadakan komuniti di mana wanita boleh berbincang secara terbuka mengenai haid atau perkara yang berkaitan dengannya.

“Saya telah belajar banyak tentang bagaimana haid berhubung dengan kesihatan wanita, itulah sebabnya ENYA akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk mewujudkan komuniti di mana wanita boleh berbincang mengenai perkara ini secara terbuka. Kami selangkah lebih dekat dalam mejadikan pilihan penjagaan feminin lebih mudah diakses melalui ENYA Basics. Kami berharap anda dapat menyertai kami dalam perjalanan ini,”- Elaine Hong.

ENYA mula memasuki pasaran awal tahun ini sempena dengan Hari Wanita Antarabangsa dan ia telah berkembang dengan pesat di seluruh Malaysia dengan banyak wanita dan influencers yang mula mengikuti mereka. Visi syarikat ini adalah untuk menyediakan penjagaan yang berkualiti kepada wanita di mana sahaja bermula dengan pad sanitari yang diperbuat daripada kapas organik.

Selain itu, mereka juga turut melancarkan ENYA Basics. Yang menarik mengenai pad sanitari ini adalah ia pakej langganan percuma yang menawarkan pad sanitari kapas di depan pintu anda. Pelanggan hanya perlu membayar yuran nominal sebanyak RM 10 untuk penghantaran dan pengendalian.

Menurut Elaine, ENYA Basics ini bukanlah promosi untuk sekali sahaja tetapi ia adalah salah satu pakej untuk wanita ENYA kerana wanita berhak untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik dan mampu milik.

Visi mereka telah menarik ramai wanita untuk #maketheswitch kepada pad sanitari kapas organik dan pilihan terbaik untuk tubuh.

ENYA Basics dibuka untuk langganan di www.enya.my