Awas, Ini 10 Tanda Ginjal Anda Gagal Berfungsi

Terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai tanda ini.

Kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap dan tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang terakhir.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini. Jelita kongsikan simptom yang mungkin dialami sekiranya ginjal gagal berfungsi.

  • Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
  • Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
  • Bengkak pergelangan kaki, muka, kaki, abdomen dan sesak nafas
  • Pucat
  • Kencing berbuih
  • Darah keluar bersama air kencing
  • Jangkitan salur kencing berlaku berulang-ulang
  • Pengeluaran kencing berkurangan
  • Kerap kencing terutama pada sebelah malam
  • Mengalami hipertensi pada usia yang muda.
Sumber Gambar: Depositphotos