#COVID19: Apa Selebriti Malaysia Buat Sewaktu #RMO?

Tengok gelagat mereka kala perintah kawalan pergerakan.

Perintah Kawalan Pergerakan sudahpun memasuki hari ketiga pada hari ini.

Anda masih perlu berada di rumah masing-masing bagi membendung penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak.

Dengan perintah #StayAtHome ini, Jelita turut mahu menegaskan sekali lagi supaya duduk diam-diam di rumah dalam tempoh 14 hari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 hingga 31 Mac kecuali anda mempunyai urusan penting untuk keluar rumah seperti membeli keperluan asas.

Mungkin anda rasa bosan duduk di rumah dan tidak tahu apa yang nak dibuat, bukan? Bolehlah ambil inspirasi daripada 10 selebriti dan personaliti Malaysia ini.

 

AERIL ZAFREL

Lihat bagaimana Aeril meluangkan masa bersama anaknya, Haila, memenuhi masa dengan bermain aplikasi Tik Tok di rumah. Ia bukan sahaja boleh menghilangkan rasa bosan anda, tetapi boleh menghiburkan hati hingga membuat pengikut pun bergelak ketawa. Jadi, bagi anda yang belum pernah bermain dengan aplikasi ini, boleh download sekarang dan selamat mencuba!

 

SCHA ALYAHYA

Anak-anak anda mungkin sudah lupa dengan lagu tradisional Melayu, Jong Jong Inai kerana mereka kini lebih banyak didedahkan dengan permainan digital. Jadi, anda boleh lihat bagaimana Scha mengajar anaknya, Lara bermain permainan ini di rumah. Meskipun Lara dikatakan sangat pelat dengan bahasa Melayu, tetapi jelas sekali dia mahu mencuba dan gembira dapat mencuba dan meluangkan masa dengan ibu kesayangannya itu.

HAIRUL AZREEN

Anda mungkin jarang melakukan aktiviti senaman di rumah, bukan? Jadi, untuk menghilangkan rasa bosan, anda disarankan untuk melakukan aktiviti senaman sebagaimana yang dilakukan oleh Hairul. Tidak perlu melakukan senaman yang susah-susah, cukup sekadar dengan senaman ringan sahaja. Bak kata Hairul, Hidratkan Diri Sihatkan Badan!

 

 

DATUK SERI SITI NURHALIZA

Mungkin ada di antara anda tidak berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran di luar, lebih-lebih lagi dengan keadaan yang berlaku sekarang ini. Tetapi, anda tidak perlulah risau kerana ianya boleh sahaja disambut di rumah. Jom tengok bagaimana Siti menyambut ulang tahun kelahiran anak kesayangannya, Aafiyah di rumah. Meskipun sambutan tersebut disambut secara kecil-kecilan sahaja, namun ia penuh dengan kemesraan dan kasih sayang!

LISA SURIHANI

Anak-anak anda sekarang ini pasti merindui suasana di sekolah bukan? Jadi, anda sebagai ibu bapa perlulah mengambil inisiatif dengan mengajar mereka seperti mana yang diajar oleh guru mereka di sekolah. Boleh lihat bagaimana Lisa mengambil inisiatif ini dengan mengajar anaknya, Yong dan Yeop di rumah. Ia bukan sahaja boleh menghilangkan rasa bosan anak anda, tetapi boleh menambat hati mereka untuk terus ceria dan bergembira.

 

MAWAR KARIM

Bagi anda yang gemar memasak, boleh luangkan masa anda selama dua minggu ini dengan memasak di rumah. Boleh cuba menu yang dikongsikan Mawar di laman Instagramnya. Menunya cukup mudah, tidak perlu serabutkan kepala anda dengan memikirkan masakan yang susah-susah. Apa yang penting, ia dapat mengeyangkan perut anda sekali gus meghilangkan rasa bosan yang melanda!

 

NABIL AHMAD

Anak pastinya akan lebih ceria dan gembira apabila anda turut serta bermain di rumah. Bergurau senda adalah salah satu ubat yang paling berkesan untuk hilangkan rasa bosan anda sekeluarga, malah merapatkan lagi hubungan silatulrahim. Jadi, apa tunggu lagi? Jom lakukan aktiviti seperti Nabil!

AISYAH ARIFFIN

Bagi anda yang rasa bosan sangat di rumah tu, boleh cuba kitar semula barangan terpakai seperti botol plastik. Permukaannya yang keras, melengkung dan mudah dibentuk boleh menjadikannya satu DIY Face Shield. Menurut Aisyah, Covid-19 ini boleh dijangkiti melalui cecair dari mata dan sebagainya. Jadi, face shield ini sangat sesuai untuk frontliners anda.

View this post on Instagram

This my friend,Dr.Nazlin,she is also an aesthetic doctor and also a GP,ALSO the president of my @aishahfcff_official.Walaupun dia tidak bertugas di hospital yg. berhadapan dgn pesakit Covid19 secara terus,dia tetap berdepan dgn pesakit2 yg berpotensi mengidap penyakit ini di kliniknya.Tengahari tadi dlm Whatsapp group fc kami dia kelam kabut cari plastic yg selalu dijual di kedai buku.Masalahnya kedai buku semua tutup.Nasib baik,entah fail mana dia dah koyakkan plastik utk buat face shield tu.Ptg.tadi tgh nak menguruskan sampah,I terpandang botol air yg kosong.An idea was triggered!!.Inilah hasilnya,tolong jangan bahan gambar 'doktor'baru ni ek🤭🤭🤭Sekadar nak tunjuk saja.Dgn menggunakan botol air ni kita boleh buat face shield sekiranya terpaksa keluar buat masa ini.Permukaan yg keras dan melengkung dgn senangnya menjadikannya a DIY face shield.Boleh adjust sendiri nak potong panjang mana.Covid19 ni menurut Lin boleh dijangkiti melalui cecair dari mata dan sebagainya.Jadi,face shield begini memang perlu utk frontliners ni.Tetapi,biasalah benda2 mcm ni semua sekarang terhad dan juga agak mahal.So kita try yg ni.Take care Lin,and all the frontliners.Our prayers are with you guys always❤❤❤

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

 

MAWAR RASHID

Bersempena Kempen Bacaan Yassin semalam, Mawar dan sekeluarga telah meluangkan masa dengan bacaan surah Yassin. Justeru, dengan keadaan yang melanda sekarang ini, anda sangat digalakkan untuk melakukan amal ibadat sebanyak mungkin. Sama-samalah kita menghapuskan penularan wabak Covid-19 ini daripada terus merebak. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

VIVY YUSOF

Untuk menghilangkan rasa bosan anak di rumah, anda sebagai ibu bapa seharusnya membiarkan sahaja anak anda bermain dengan mainan kegemarannya. Biarkan sahaja mereka menyelerakkan semua mainan, janji mereka tidak meragam dan mengganggu rutin harian anda. Adalah sangat bagus jika anda turut serta bermain dengan mereka.

 

Baca juga: Senarai Selebriti Popular Yang Menderma Untuk Dana Covid-19