Anda Alami Insomnia? Atasinya Dengan Kaedah Ayurveda

Jangan remehkan gangguan tidur anda jika tidak mahu menderita!

Insomnia adalah satu perasaan subjektif di mana seseorang itu akan merasakan dirinya kekurangan tidur atau rasa tidak puas walaupun telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Niesalan Malaysia (2018), sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami gangguan tidur. Hampir separuh daripada mereka dilaporkan bangun pada pertengahan waktu malam, malah ada juga yang berasa penat selepas bangun dan mengantuk pada waktu siang.

Bagi mengatasi masalah gangguan tidur, CGH Earth Wellness di bawah organisasi Hospital Ayurveda terkemuka di Kerala, India telah memperkenalkan rawatan Ayurveda bagi membantu anda memulihkan kembali kualiti tidur.

Tahukah anda, di Ayurveda, gangguan tidur dipanggil Alpha Nindra, manakala insomnia pula dikenali sebagai Anidra. Menurut Ayurveda, Dosha yang bertanggungjawab untuk merawat masalah tidur adalah Tarpak Kapha, Sadhak Pitta dan Prana Vata. Jadi, kenal pasti punca insomnia anda dan atasinya dengan kaedah rawatan seperti berikut.

Insomnia disebabkan kekurangan nutrisi

Tarpak Kapha adalah sub-dosha Kapha (air). Berfungsi untuk mengekalkan sel otak dan memudahkan anda tidur dengan baik. Namun, ketidakseimbangan dalam diet akan menyebabkan kekurangan nutrisi dalam sel otak sekalis gus menjurus ke arah insomnia. Hal ini berlaku kepada mereka yang menghalang beberapa keadaan dan juga atas sebab faddisme makanan.

Tips:

  • Ambil karbohidrat dan makanan yang kaya dengan lemak pada waktu malam sebelum jam 8.
  • Minum susu yang kaya dengan lemak bersama buah pala, gula perang ataupun gula sebelum tidur.

 Insomnia bagi workaholic

Sadhak Pitta adalah sub-dosha Pitta (api) dan terletak pada bahagian hati. Ianya dapat mengawal emosi, keinginan, ketegasan dan kerohanian. Ketidakseimbangan di Sadhak Pitta akan membuatkan anda menjadi seorang yang workaholic sehingga membawa kepada situasi yang mungkin akan menyebabkan anda kurang tidur.

Tip:

  • Minum jus kundur atau jus tebu selepas makan malam.
  • Ambil lima biji badam yang sudah direndam sebelum tidur.
  • Minum 100ml susu badam suam sebelum tidur.

Insomnia disebabkan oleh kebimbangan dan tekanan

Prana Vata adalah sub-dosha Vata (udara). Ianya mempunyai kaitan dengan insomnia, kebimbangan dan keadaannya yang seperti kemurungan. Sistem saraf sensitif digabungkan dengan Prana Vata sehingga menyebabkan anda mengalami insomnia yang sangat teruk.

Tip:

  • Basuh kaki anda dengan air suam dan urut kaki dengan mentega.
  • Buat pes susu dan mentega dan sapukannya di atas kepala dan kaki.
Sumber Gambar: Depositphotos