Alami Sendiri Kehebatan Samsung Galaxy S20

Tampil dengan fungsi Space Zoom untuk pengalaman fotografi lebih hebat!

Samsung sekali lagi menepati jangkaan pengguna dengan rangkaian telefon pintar terbaru iaitu Samsung Galaxy s20. Siri Galaxy S20 memperkenalkan seni bina kamera baru yang menggabungkan AI dengan sensor imej terbesar Samsung untuk menghasilkan kualiti imej yang menakjubkan. Galaxy S20 menjadikan pengalaman penggunaan telefon pintar lebih mudah dan menarik dengan inovasi terkini rekaan jenama tersebut.

1 of 6

Mengubah Cara Anda Berkomunikasi

Samsung Galaxy S20

Dengan kemampuan 5G, kini, satu dekad baru untuk inovasi telefon mudah alih sudah bermula. Dan untuk memanfaatkan sambungan generasi baru ini, setiap peranti dalam siri Galaxy S20- Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra telah dilengkapi dengan teknologi terbaru 5G. Galaxy S20 + dan Galaxy S20 Ultra adalah peranti pertama yang mampu memberikan pengalaman mudah alih secara menyeluruh yang dimanfaatkan oleh kedua-dua sub-6 dan mmWave. Manakala, Galaxy S20 pula menyokong sambungan sub-6.3. Ketiga-tiga peranti ini mampu menyampaikan keupayaan 5G yang tidak mandiri dan juga mandiri.

1 of 6