Teroka Dunia Di Seven Worlds One Planet

Jom kenali planet kita

Buat pertama kali rancangan Seven Worlds, One Planet dari saluran BBC Studios telah menjelajah seluruh benua di planet ini dalam satu siri tunggal. Dalam siri ini, penerbit telah menggunakan teknologi baru termasuk teknik boundary-defining droneĀ untuk merakam dunia ini dari perspektif yang unik, spesies baru dan tingkah laku haiwan yang tidak pernah dilihat sebelumnya.

Selain itu, teknik ini juga digunakan untuk menunjukkan bagaimana manusia memberi kesan secara negatif dan positif terhadap kesihatan planet ini, penonton boleh menonton urutan seperti: pemangsa dunia yang paling aneh di padang pasir Iran, hamster penggali kubur di Austria, salah satu haiwan terbesar dan paling jarang serta hampir pupus di kepulauan Kenya dan beruang kutub menggunakan strategi memburu yang tidak pernah dilihat sebelum ini untuk menangkap ikan paus beluga di Teluk Hudson Amerika Utara.

Penyampai, Sir David Attenborough berkata, ” Saya sangat gembira kerana kami akan berkongsi siri yang luar biasa ini dengan penonton di seluruh dunia di mana ia telah dibuat selama empat tahun oleh lebih daripada 1,500 orang yang berdedikasi di setiap benua. Siri ini meraikan kepelbagaian biodiversiti dan pelbagai kehidupan di planet kita sementara menyerlahkan perhatian terhadap cabarannya.”

Siri ini telah ditayangkan pada Isnin, 4 November 2019, pada jam 9 malam di BBC Earth.

Siri ini mempunyai tujuh episod dan setiapnya dirakam di benua yang berbeza:-

Episod satu- Antartika

Episod dua- Asia

Episod tiga- Amerika Selatan

Episod empat- Australia

Episod lima- Eropah

Episod enam- Amerika Utara

Episod tujuh- Afrika