Pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes Dilanjutkan Sehingga Tahun Depan

Siapa yang belum pergi lagi, inilah masanya!

Bagi anda yang masih belum merasai pengalaman sinematik bersama dengan hero Marvel kegemaran anda di pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes yang pertama di Malaysia, Jelita ada berita gembira untuk anda.

Pameran itu akan dilanjutkan sehingga tahun depan iaitu pada 1 Januari 2020 bersamaan dengan hari Rabu. Pameran khusus ini mempamerkan cerita epik daripada Marvel Super Heroes kegemaran ramai seperti Iron Man, Captain Amerika, Thor, Guardian of Galaxy, Captain Marvel dan banyak lagi.

Pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes ini dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 28 Jun 2019 dan sejak itu ia telah menarik lebih daripada 70, 000 pengunjung. Dengan keluasan 15,000 kaki persegi, pameran itu merangkumi 10 galeri yang sangat menarik di Pavilion KL, di mana anda boleh merasai semula detik ikonik Marvel Studios dari dekad lalu dan lihat dengan lebih dekat propd, kostum dan konsep seni dari filem Marvel yang terpilih.

Bermula hari ini, pakej Keluarga yang popular akan tersedia untuk RM 128 (Harga biasa RM 152) untuk empat orang dewasa dan empat orang kanak-kanak.

Tiket boleh didapati di www.marvelexhibition.my, tertakhluk kepada terma dan syarat.

Harga tiket adalah seperti berikut:

Dewasa

Tiket Biasa-RM58

Warganegara- RM48

Kanak-Kanak (dua hingga 12 tahun)

Tiket Biasa- RM38

Warganegara- RM28

Pakej Keluarga (empat dewasa dan empat kanak-kanak- RM128 (Harga biasa RM152)

Anda juga boleh menikmati tambahan potongan sebanyak lima peratus dari tiket yang dibeli ketika menggunakan kad Maybank. Dapatkan diskaun 10 peratus dengan belanja minimum sebanyak RM 170 pada tiket kemasukan.

Pameran Marvel Studios: Ten Years Heroes ini dilesenkan oleh The Walt Disney Company cawangan Asia Tenggara untuk Crave Alive dan Beast Kingdom, yang bekerjasama dengan Samsung Malaysia, Maybank dan KLOOK untuk membawakan pengalaman menarik ini kepada pengunjung.

Untuk lebih maklumat lanjut dan kemaskini mengenai pameran ini, anda boleh layari laman Facebook dan laman sesawang rasmi Marvel.