Night Of Fright 7 Kembali Dengan Tarikan Yang Lebih Menakutkan

Anda berani untuk masuk rumah hantu ini?

Sudah tiba masanya untuk hadapi ketakutan anda kerana Sunway Lagoon Night of Fright kini kembali untuk tahun ketujuh. Bermula daripada 4 Oktober sehinga 3 November, Night of Fright 7 (NOF7) akan menampilkan lapan rumah hantu, satu teater hantu, dua zon menakutkan, 11 permainan mencabar dan dua pertunjukan menarik.

Dikenali ramai sebagai festival terbesar dan menakutkan di Malaysia, acara ini akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis hantu dan makhluk jahat termasuk jerung!

NOF 7 bermula pada jam 7: 30 malam sehingga 11:30 malam setiap hari Jumaat sehingga Ahad. Harga tiket adalah RM 79 (kadar yang diterbitkan) dan ini termasuk dengan cenderahati Bag Darah atau Tanduk Syaitan. Jika tidak, pilih untuk 'memotong' barisan dengan Pakej Combo pada harga RM158 yang termasuk tiket masuk NOF7, pas ekspres dan pilihan cenderahati sama ada Beg Darah atau Tanduk Syaitan.

Atau anda boleh menikmati tawaran Combo Rate eksklusif sebanyak RM 138 seorang. Ini termasuk tiket masuk NOF 7 dan pas ekspres (Hanya untuk pengunjung yang membeli tiket di kaunter).

Jelita berkesempatan untuk mencuba beberapa tarikan menarik di Night of Fright 7, Jelita sarankan anda cuba rumah hantu ini. 

2 of 11

The Plague

Terakhir kali dilihat pada zaman bencana wabak, Doktor Wabak (Plague Doctor) telah kembali untuk menghantui penduduk kampung setempat untuk mempercayai bahawa wabak merbahaya itu telah kembali. Watak aneh ini tampil dengan topeng seperti burung, berjalan-jalan di pinggir kampung dengan alasan untuk menyelamatkan tetapi adakah mereka ini datang untuk membantu… atau hanya membawa kematian? Anda sendiri boleh menilai mereka. Anda boleh percaya dengan doktor, tetapi berhati-hati dengan THE PLAGUE!

2 of 11