Matilda The Musical Kini Di Kuala Lumpur!

Seronoknya!

Dikenali sebagai ‘muzikal yang menonjol sepanjang dekad’ oleh Sunday Times UK, Matilda The Musical yang memenangi pelbagai anugerah akan membuat debutnya di Kuala Lumpur bermula bermula 2 Jun 2020 di Istana Budaya.

Diilhamkan daripada buku terkenal yang ditulis oleh Roald Dahl yang tiada tandingannya, Matilda The Musical telah menguasai penonton di kedua-dua West End dan Broadway di London dan mendapat ulasan lima bintang daripada pengkritik dan penonton. Pemenang lebih daripada 85 anugerah antarabangsa, termasuk 16 untuk Muzikal Terbaik, Matilda The Musical kini berada di tahun kesembilannya di London di mana ia terus menggembirakan penonton dari semua peringkat umur, dan telah ditonton oleh lebih daripada lapan juta orang.

Tour Matilda The Musical di Kuala Lumpur adalah yang keempat dalam jelajah Asia muzikal tersebut selepas Singapura, China dan Bangkok. Ia akan datang terus dari musim di Johannesburg dan Cape Town, sebagai sebahagian daripada lawatan antarabangsa.

Diterbitkan oleh Syarikat Royal Shakespeare dan telah memenangi tujuh anugerah di acara Anugerah Olivier pada tahun 2012. Termasuk memenangi Best New Musical, empat pelakon muda yang berkongsi peranan yang sama mencipta sejarah dengan membawa pulang anugerah kolektif untuk Pelakon Wanita Terbaik Untuk Muzikal.

Muzikal itu mengikuti Matilda, seorang gadis berusia lima tahun yang matang, yang suka membaca dan belajar, tetapi ditindas oleh ibu bapanya yang obses dengan televisyen dan kurang memberikan perhatian kepadanya. Semasa dia membesar, dia mula menentang cabaran dan halangan yang dihadapinya, turut belajar bahawa kadang-kala dia perlu menjadi ‘sedikit nakal’ untuk menjalani kehidupan. Saat dia mula menguasai hidup bersama keluarganya, dunianya menjadi kacau-bilau apabila dia perlu memulakan sesi persekolahan di sekolah baru di bawah cengkaman pengetua, Miss Trunchbull.

Mencari ketenangan di perpustakaan dalam dunia imaginasi dan ciptaannya, Matilda telah menjalin hubungan yang kuat dengan orang dewasa seperti pustakawan, Puan Phelps dan guru kelasnya, Miss Honey. Bersama mereka memberinya keyakinan untuk menerima dirinya dan keperibadiannya yang diperlukan untuk menuntut kembali hidupnya.

Menampilkan skor asal daripada pemenang Anugerah Olivier, Tim Minchin dengan pementasan yang ditulis oleh Dennis Kelly, diarahkan oleh Matthew Warchus dan koreographer oleh Peter Darling. Kesemuanya adalah pemenang Anugerah Tony.

Adaptasi muzikal ini adalah salah satu muzikal British paling berjaya pada zaman moden.

Set dan kostum pula telah direka oleh Rob Howell, pemenang Anugerah Tony dengan persembahan dan penambahan muzik oleh Christopher Nightingale. Pencahayaan hebat pementasan ini telah diuruskan oleh pemenang Anugerah Tony, Hugh Vanstone dan bunyi oleh Simon Baker.

Dengan pelakon yang luar biasa, Matilda The Musical memberikan inspirasi dan nikmat kepada penonton muda dan juga tua. Kisah tentang keazaman seorang gadis kecil yang mencabar orang di atasnya demi kebaikan, digabungkan dengan aksi lucu terkenal Roald Dahl, menjadikan muzikal ini tidak akan dapat dilupakan.