Ini Tawaran Jualan Hebat 11.11 Yang Anda Perlu Tahu

Jangan lepaskan peluang dapatkan tawaran menarik pada 11 November ini

Setiap tahun, platform e-dagang akan mengadakan jualan hebat 11.11 yang menawarkan harga menarik untuk segala barangan yang terdapat di platform tersebut. Dan ia adalah acara yang sering dinantikan oleh rakyat Malaysia.

Gambar: Depositphotos

Tradisi jualan hebat ini dilancarkan oleh platform e-dagang yang terbesar di China, Alibaba. 11.11 ini mewakili individu yang bujang dan tidak mempunyai pasangan dan berbelanja di platform ini adalah salah satu cara untuk menghiburkan mereka.

Tradisi ini kini telah tular di Malaysia dan anda boleh menikmati diskaun menarik daripada peniaga di platform e-dagang yang terlibat dalam jualan hebat 11.11 ini. Oleh itu, Jelita senaraikan lima platform e-dagang yang menawarkan diskaun menarik untuk anda pada 11 November ini.

Shopee

Platform e-dagang terkenal ini telah memulakan jualan hebat 11.11 dengan perbelanjaan minimum RM 11, cashback harian sehingga 111 peratus dan peluang untuk membeli Toyota Vios hanya untuk RM 1 bermula dari 11 November. Turut membuat penampilan pertama di jualan hebat 11.11 tahun ini adalah rangkaian makanan segera, KFC yang popular dengan diskaun eksklusif sehingga 52 peratus yang sah hanya pada 11 November.

Bank terkemuka seperti CIMB, Citibank, HSBC, RHB, Standard Chartered dan UOB menawarkan diskaun khas untuk pemengang kad bank tersebut dengan baucar upsized pada 11 November. Manakala, pengguna e-wallet Boost juga boleh membeli baucar tunai Shopee pada 10 peratus untuk mendapat penjimatan yang lebih banyak.

Selain daripada tawaran menarik, Shopee turut menampilkan permainan dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike Voucher Together-Gether, Shopee Lucky Egg dan Quiz Shopee yang menawarkan Shopee Coin dan baucar untuk dimenangi.

LAZADA

Lazada juga tidak ketinggalan dalam menawarkan diskaun hebat sempena jualan 11.11. Platform e-dagang itu menawarkan potongan harga 90 peratus, baucar sehingga RM 11 juta dan jualan kilat serendah RM 1.

Jualan hebat ini bermula tengah malam selepas 10 November 2019 dan jika anda inginkan penjimatan yang lagi banyak, anda boleh ambil kesempatan daripada tawaran hebat, penghantaran percuma, RM 111 cashback segera, tawaran setiap jam bernilai RM 1 dan lebih banyak tawaran yang lebih menarik apabila anda melawat laman web LAZADA atau menggunakan aplikasi LAZADA.

FashionValet

Platform e-dagang terkenal, FashionValet turut menyertai kegilaan jualan hebat 11.11 ini dengan kempen #seriouslahFV. Anda boleh dapatkan barangan daripada jenama terkenal seperti DUCK, LILIT, Mimpikita, Mel & Molly, Cakenis dengan potongan harga yang sangat menarik.

Tambahan satu jam diskaun kilat “Happy Hour” akan diumumkan setiap hari, menawarkan tawaran yang lebih baik untuk anda. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi iPhone 11 Max Pro dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM 300 dalam satu transaksi sepanjang tempoh jualan. Jualan di FashionValet bermula dari 1 hingga 11 November 2019.

11street

View this post on Instagram

The biggest sale of the year —— 🤪𝟏𝟏.𝟏𝟏 𝐌𝐀𝐃𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐒𝐀𝐋𝐄 💥 is back❗Keeping you occupied with a series of never before seen M A D N E S S! ☝️☝️.☝️☝️: • Category Madness ranging from Tech, Beauty, Grocery, E-voucher & Travel • Grab it before it's gone FLASH⚡DEALS • E-voucher Starter pack (from everything you need, to everything you think you don't need) • Just add to cart because … Deals below RM11??? DUH!! • Nothing in life is free but wait … FREE DEALS when you Check in at 11AM!! Whut??? • Yassss, MADNESS COUPONS up to RM138 • Win PrestoPay Credits when you Play the Memory Challenge after each purchase 🤑 11.11 MADNESS only lasts till 15th November 2019, 👉 http://bit.ly/1111madnesssale 👈 #PrestoMall #1111MADNESSSALE

A post shared by PrestoMall (@11streetmy) on

Dapatkan tawaran terbaik dari jenama kegemaran anda apabila anda berbelanja di 11 street sempena jualan hebat 11.11. Bermula 29 Oktober 2019, jualan bertema berlaku pada setiap hari jadi jangan ketinggalan pada tarikh ini:

29 Oktober sehingga 1 November: Tech Madness

2 November sehingga 4 November: Beauty Madness

5 November sehingga 7 November: Family Madness

8 November sehingga 10 November: Lifestyle Madness

Jangan lepaskan peluang untuk sertai jualan jenama eksklusif dan dapatkan kupon terpilih untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak lagi. Ambil bahagian dalam Catch and Win 11 Street setiap hari untuk berpeluang memenangi kupon bonus pada jualan hebat nanti.

Zalora

Sudah tiba masanya untuk anda tambahkan koleksi baju di dalam gerobok fesyen dengan julan 11.11 Zalora! Nikmati potongan harga pada jenama popular dan premium, jualan kilat dan kejutan yang lainnya.

Antara acara menarik yang lain adalah tawaran eksklusif (potongan harga sehingga 70 peratus dengan tambahan potongan harga 35 peratus), diskaun pada jemana sukan (potongan harga sehingga 70 peratus tambahan potongan harga 20 peratus) dan jenama premium (potongan harga sehingga 60 peratus). Antara jenama yang terlibat adalah Calvin Klein, Esprit, Guess dan Skechers.

Sunway Hotel and Resorts

Sunway Hotels dan Resorts, salah satu bahagian hospitaliti konglomerat Malaysia Sunway Group akan menyertai jualan siber global terbesar pada 11 November ini dengan potongan harga sebanyak 98 peratus pada malam pertama.

Jualan 11.11 Sunway ini boleh digunakan untuk penginapan antara 12 November 2019 hingga 30 Jun 2020 dan anda perlu menginap di cawangan hotel di Malaysia, Kemboja dan Vietnam sekurang-kurangnya tiga hari dua malam serta perlu ditempah terus di laman sesawang Sunway Hotel dai jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 11 November 2019. Terma dan syarat dikenakan.

Ini adalah tahun kedua Sunway Hotels & Resorts mengambil bahagian dalam penjualan 11.11 dengan menawarkan kadar bilik yang tidak pernah dilihat. Dengan tempahan yang diterima pada 2018 di laman sesawang hotel, hotel tersebut sekali lagi memberi peluang kepada semua pelancong untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan hotel Sunway yang menyertai jualan 11.11 yang akan datang.

Tempahan dibuat melalui jualan 11.11 Sunway menawarkan harga bilik serendah RM 10 atau bersamaan dengan duit Dollar Amerika Syarikat, $2.30 pada malam pertama di Sunway Hotel & Resorts di Malaysia, Cambodia dan Vietnam. Antara hotel yang termasuk dalam senarai adalah:

  • Sunway Resort Hotel & Spa
  • Sunway Pyramid Hotel
  • Sunway Clio Hotel
  • Sunway Putra Hotel
  • Sunway Velocity Hotel
  • Sunway Hotel Georgetown
  • Sunway Hotel Seberang Jaya
  • Sunway Hotel Phnom Penh
  • Sunway Hotel Hanoi

Antara tawaran lain yang menanti anda apabila  menempah penginapan secara terus dari laman sesawang Sunway Hotel ini termasuklah daftar keluar lewat, rawatan urutan percuma, tawaran makanan dan banyak lagi.

KLOOK

Kempen #JustKlookIt mempunyai siri tawaran perjalanan termasuk jualan 11.11 dengan potongan harga 11 peratus untuk semua aktiviti perjalanan dan tawaran flash beli satu percuma satu ke taman tema dan tarikan popular. Klook juga akan mengadakan siaran langsung di laman Facebook pada jam 8 malam pada hari yang sama. Semasa sesi siaran langsung, peminat akan ditawarkan dengan promo eksklusif untuk menggandakan simpanan mereka dan dapatkan potongan harga sebanyak 22 peratus serta hadiah tiket untuk percutian akhir tahun yang menyeronokkan!

Layari laman sesawang Klook Malaysia dan sertai parti countdown untuk jualan 11.11 yang lebih besar dan hebat! Ini yang boleh anda harapkan dari Klook pada 11 November ini:

  • Promosi Sitewide:

Rakyat Malaysia berhak menikmati potongan 11 peratus  untuk semua aktiviti, termasuk tiket KLIA Ekspres, Sunway Lagoon, Universal Studio Singapura dan banyak lagi. Kod promo akan dikeluarkan pada hari jualan itu sendiri jadi pastikan anda terus menonton di halaman promosi.

  • Tawaran Beli satu Percuma satu:

Dikuasakan oleh permintaan popular, tawaran kilat satu untuk satu Klook kembali! Rakyat Malaysia boleh membeli dua tiket untuk satu harga untuk taman tema popular seperti Universal Studios Jepun, Aquaria KLCC, Everland, Disneyland Hong Kong, Taipei 101 dan banyak lagi! Kod promo akan didedahkan pada halaman kempen pada jam 11 pagi pada 11 November.

  • Siaran Langsung Facebook:

Inginkan penjimatan yang lebih banyak? Apa yang perlu anda lakukan adalah tonton siaran langsung Facebook Klook jam lapan malam pada 11 November ini. Nikmati potongan harga sebanyak 22 peratus untuk semua aktiviti dan menjadi salah satu yang bertuah untuk bawa pulang hadiah bernilai sehingga RM 10,000!