#COVID19: Aktiviti menarik untuk anak anda ketika #RMO

Inilah momen terbaik ibu bapa pantau anak anda

Ibu bapa pasti buntu apa aktiviti yang sesuai untuk anak ketika kawalan pergerakan ini. Inilah waktu terbaik untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan memantau perkembangan anak-anak. Anggaplah kawalan pergerakan ini sebagai peluang dan rezeki anda meluangkan masa bersama keluarga. Setiap hari anda sibuk di tempat kerja, jadi manfaatkan masa ini sebaik mungkin. Malah, pastikan juga anak anda tidak membuang masa begitu saja dengan hanya melakukan perkara tidak berfaedah. Jelita kongsikan 10 aktiviti anak anda boleh lakukan di dalam rumah:

1 of 10

1.Belajar dalam talian

Terdapat banyak kelas dalam talian yang sesuai untuk anak anda secara percuma. Kebanyakan pihak sekolah juga menyediakan e-learning. Google turut mempunyai kelas dalam talian yang boleh anak anda sertai. Walaupun sedang ‘berkurung’, anak anda masih boleh belajar secara dalam talian. Ini lebih baik daripada hanya bermain permainan atas talian.

1 of 10