9 Makanan Ini Baik Untuk Jantung Anda

Turut kurangkan risiko masalah kesihatan yang lain.

Jantung berfungsi mengepam dan mengedarkan darah yang membawa nutrisi dan oksigen yang diperlukan ke seluruh badan. Jadi, amat penting untuk menjaga jantung anda.

Jelita senaraikan sembilan makanan yang baik untuk kesihatan jantung.

Oat

Oat kaya dengan asid lemak omega-3 folat dan kalium. Selain itu, ia juga kaya dengan serat yang dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

Salmon

Kaya dengan asid lemak omega-3 yang dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Salmon juga dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung.

Avokado

Ia dapat menambahkan lemak sihat ke dalam diet. Makanan yang kaya lemak  tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolestrol jahat (low-density lipoprotein) dan meningkatkan tahap kolestrol baik (high-density lipoprotein).

Minyak Zaitun

Sama seperti avokado, minyak zaitun juga kaya dengan lemak tidak tepu yang mampu menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan tahap kolestrol baik sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kekacang

Mengandungi sumber protein dan serat yang baik. Sama seperti avokado dan minyak zaitun, kacang juga mengandungi lemak tidak tepu yang  menurunkan kadar kolestrol jahat yang akan menyebabkan perkembangan plak di pembuluh darah.

Buah Beri

Bersifat anti-radang yang berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Ia juga membantu anda kelihatan awet muda.

Bayam

Sayur bayam pula kaya dengan pelbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat yang sudah semestinya baik untuk kesihatan jantung anda.

Biji Rami (Linseed)

Kaya dengan serat dan omega-6. Jika dicampurkan dengan oat, ia akan memberikan khasiat berganda untuk jantung anda.

Kacang soya

Protein yang terkandung dalam kacang soya dapat membantu menurunkan kadar kolestrol jahat dalam badan. Selain itu ia juga mampu menyihatkan salur darah untuk membantu mengelakkan risiko penyakit seperti strok, jantung dan darah tinggi.

Sumber Gambar: Depositphotos