8 Perkara Mudah Untuk Anda Cuba Hilangkan Stres Di Rumah

Kesunyian boleh menyebabkan tekanan.

Seluruh dunia kini sedang berhadapan dengan wabak pandemik yang boleh meragut nyawa. Dan untuk membendung wabak ini, negara Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dilanjutkan sehingga 14 April.

Sudah tentu, ada di antara anda yang mungkin rasa bosan dan tertekan ketika berada di rumah. Ya, duduk di rumah juga boleh buat anda tertekan dan kesunyian. Oleh itu, Jelita kongsikan lapan perkara yang boleh anda buat untuk rasa lebih baik ketika di rumah.

Kekal Berhubung

Kesunyian boleh memberikan kesan yang ketara pada kesihatan mental anda. Oleh itu amat penting untuk terus berhubung dengan keluarga, kawan dan rakan sekerja untuk mencegah kesepian dan mengurangkan kebimbangan. Salah satu cara lain adalah bercakap dengan diri sendiri dan caranya ialah menulis jurnal. Jangan pendamkan perasaan kerana ia boleh membawa kepada tekanan.

Fokus Untuk Kekal Tenang

Meditasi, senaman dan bersantai boleh membantu mengurangkan tekanan sepanjang berada di rumah. Luangkan beberapa minit setiap hari untuk melakukan rejimen senaman atau bersantai. Anda boleh cuba senaman mudah di saluran YouTube atau aplikasi meditasi. Amalkan diet yang baik dan dapatkan tidur yang mencukupi.

Buat Perkara Yang Akan Menggembirakan Anda

Pilih sesuatu yang boleh anda lakukan sepanjang menjalani perintah kawalan pergerakan seperti memasak resipi baru atau menonton rancangan televisyen kegemaran. Lakukan aktiviti ini dalam rutin kerja atau harian anda. Ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan.

Kreatif Dalam Cara Anda Bersosial

Walaupun sedang berada di rumah, itu tidak bermakna anda tidak boleh berhubung dengan rakan. FaceTime, Skype, Whatsapp Video Call, Whatsapp, Telegram dan banyak lagi adalah antara aplikasi hubungan yang boleh anda cuba untuk berhubung dengan mereka.

Pastikan Anda Sentiasa Sibuk

Cuba cari gangguan positif untuk rehatkan mental anda daripada sebarang berita mengenai wabak tersebut. Cuba projek kraf, susun atur almari atau habiskan bacaan buku yang ada di rak buku. Ia akan membantu untuk mengurangkan tekanan mengenai apa yang sudah berlaku.

Tetapkan Sepadan Antara Berita Dan Media Sosial

Sudah tentu, anda perlu ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita tetapi menerima notifikasi amaran dan mesej dari kawan yang paranoid boleh buat anda rasa tertekan. Jadi, disarankan untuk cari satu masa, tutup telefon dan biarkan otak berehat sebentar.

Tulis Kata Motivasi Yang Akan Memberikan Semangat Kepada Anda

Disarankan untuk menulis beberapa frasa atau kata semangat dan tampalkannya di kediaman supaya anda boleh bersemangat untuk meneruskan rutin harian dan kerja anda.

Rancang Hari Agar Ia Tampak Normal

Ini bermakna anda perlu tetapkan penggera awal untuk melakukan tugas harian jika itu adalah perkara yang biasa dilakukan pada minggu ini. Walaupun ia agak seronok baring di atas kati ketika melakukan kerja, adalah sebaiknya untuk duduk di tempat yang selesa seperti meja kerja. Jika waktu rehat adalah pada jam satu hingga dua petang ketika berada di pejabat, maka lakukan perkara yang sama ketika berada di rumah. Pokoknya, ikut jadual kerja di pejabat ketika bekerja di rumah.

Sumber: Cosmopolitan US
Sumber Gambar: Depositphotos