7 Rahsia Kurus Tanpa Perlu Berlapar!

Kekalkan berat badan anda kala Perintah Kawalan Pergerakan.

Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (#PKP) yang sudahpun melebihi 30 hari, Jelita pasti ada di antara anda yang merasakan bahawa berat badan semakin bertambah, bukan?

Tambahan pula, dengan lambakan resipi yang dikongsikan di laman media sosial sekarang ini, pasti anda juga sudahpun mencuba kesemuanya.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi beberapa tip untuk anda yang ingin mengawal berat badan dengan amalan pemakanan yang sihat melalui akaun Facebook Bahagian Pemakanan KKM. Apa yang menariknya adalah, tip ini anda boleh amalkan tanpa perlu rasa lapar.

Berikut merupakan tujuh rahsia kurus tanpa perlu berlapar yang boleh anda amalkan sepanjang tempoh #PKP berlangsung.

  1. Pastikan separuh daripada pinggan anda adalah sayuran dan buah-buahan.
  2. Pilih makanan yang tinggi serat.
  3. Mulakan sesi makanan anda dengan buah, salad ataupun sup sayur.
  4. Pastikan ada sumber protein pada setiap kali waktu makan utama.
  5. Gunakan pinggan yang lebih kecil untuk hidangan anda.
  6. Kunyah makanan anda lebih lama. Jika ingin mengikut Sunnah Nabi, anda disarankan untuk mengunyah makanan selama empat puluh kali.
  7. Minum air kosong pada waktu makan dan di antara waktu makan. Ini kerana, pengambilan air yang secukupnya boleh membantu mengekalkan metabolisme dalam badan anda.

Walau bagaimanapun, untuk menurunkan berat badan anda, ia bukannya tertumpu kepada tip pemakanan sahaja. Senaman juga antara satu aktiviti yang anda boleh lakukan.

Sumber: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Gambar: Depositphotos

Baca juga: #Covid19: Senaman Yang Anda Boleh Cuba Sepanjang Tempoh PKP