7 Perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Untuk Puaskan Hati Orang Lain

Lebih baik jadi diri sendiri!

Untuk disukai dan diterima masyarakat, kebanyakan anda mungkin terpaksa buat diri sendiri kelihatan sempurna.

Tetapi penting untuk ingat bahawa tiada siapa yang dilahirkan sempurna. Anda tidak boleh menggembirakan semua orang di sekeliling dan tidak perlu bersusah payah untuk cuba gembirakan mereka.

Daripada menjadi apa yang orang lain mahukan, lebih baik jadi diri sendiri. Oleh itu, Jelita kongsikan tujuh perkara yang tidak patut anda lakukan untuk memuaskan hari orang lain.

Merendahkan Diri Sendiri

Humblebragging kelihatan seperti sikap sopan yang berpura-pura. Dalam satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa orang yang berpura-pura merendah diri ini sebenarnya hanya ingin menunjuk dan mengadu dan ini boleh menjengkelkan orang lain. Jika anda ingin menunjuk, cakap secara langsung tanpa perlu bersembunyi.

Bercuti Hanya Untuk Berlagak, Bukan Meneroka

Kajian lain menunjukkan bahawa orang biasanya pergi bercuti untuk “status sosial dan likes” di sosial media daripada meneroka tempat tersebut. Untuk buat orang rasa iri hati atau menarik perhatian orang lain di media sosial, biasanya tempat yang dipilih adalah lokasi yang popular dan memberikan latar belakang terbaik untuk foto Instagram. Sudah tiba masanya untuk berhenti melihat pada telefon dan kamera DSLR dan nikmati keindahan alam sekitar.

Cuba Kagumkan Pasangan Untuk Elak Daripada Ditolak

Era moden telah merevolusikan generasi ini untuk mengagumkan pasangan dengan melakukan pelbagai perkara dan bukannya bersikap jujur dengan mereka. Ini adalah kerana anda terlalu bimbangkan sama ada pasangan suka dengan anda atau sebaliknya. Ingatlah bahawa bersikap jujur selalu membantu, kerana pasangan yang baik akan selalu menghargai kejujuran dan tidak pernah meninggalkan anda dalam apa jua keadaan.

Tidak Jadi Diri Sendiri

Kadang-kadang ada orang yang akan lakukan perkara ekstrem untuk menarik perhatian seseorang, seperti berdandan berlebihan, memakai pakaian mewah dan jadi lebih mesra dengan orang ramai. Ini boleh dianggap normal. Menurut kajian, kadangkala kita menunjuk hanya untuk bertahan dalam hidup. Tetapi apa yang tidak normal adalah apabila anda berubah untuk menarik perhatian orang lain dan melakukan perkara yang buat anda tidak selesa. Itulah perkara yang perlu dielakkan.

Mempamerkan Hubungan Di Media Sosial

Pasangan sekarang sukar mempamerkan hubungan mereka di media sosial untuk membuktikan antara satu sama lain dan kepada dunia bahawa cinta mereka adalah kuat. Satu kajian menunjukkan bahawa tabiat untuk memuat naik hubungan di media sosial dipanggil sebagai relationship visibility. Pasangan yang merasa tidak selamat mengenai hubungan mereka atau mungkin rasa pasangan tidak sehebat yang lain, akan menggunakan platform media sosial untuk mendapatkan pengesahan daripada orang lain. Dalam erti kata lain, komen positif dari kawan boleh membuatkan mereka rasa lega dalam meneruskan perhubungan ini.

Berlanja Berlebihan Di Majlis Perkahwinan

Sekarang ini, majlis perkahwinan lebih kepada mempamerkan kemewahan, mengagumkan tetamu atau hanya membuat ‘waktu’ itu istimewa. Ini bukan bermakna anda tidak boleh mengadakan majlis kahwin yang besar tetapi penyelidikan yang dilakukan di luar negara menunjukkan bahawa mengadakan majlis besar-besaran boleh meningkatkan peluang untuk bercerai. Sebaliknya, majlis yang bersederhana boleh menghasilkan perkahwinan yang bahagia dan tahan lama.

Mengabaikan Impian Anda

Mempunyai impian dan aspirasi adalah salah satu cara terbaik untuk berkembang dalam kehidupan, terutama ketika anda telah bekerja keras untuk mencapainya. Anda telah datang sejauh ini dan kehidupan telah membawa anda ke saat ini tetapi semuanya akan jadi sia-sia jika tergoda untuk membuang perkara yang telah anda kecapi hanya untuk memuaskan hati orang lain. Jangan lakukan ini kepada diri sendiri! Anda layak mendapatkan yang terbaik.

Sumber Gambar: Depositphotos