7 Langkah Mencuci Tangan Dengan Betul

Kena tahu caranya!

Anda mungkin kerap mencuci tangan tetapi adakah ia benar-benar bersih? Membasuh tangan perlu mengikut langkah yang betul agar kuman yang melekat dapat dihilangkan.

Berikut adalah tujuh langkah mencuci tangan yang betul seperti yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Lekapkan kedua telapak tangan dan gosok.
  2. Lekap telapak tangan kanan di atas dorsum tangan kiri dengan jari bersilang dan gosok. Ulangi langkahi ini di tangan kiri.
  3. Lekapkan kedua telapak tangan dengan jari bersilang dan gosok.
  4. Genggam jari tangan kiri, guna tapak tangan kanan, gosok bahagian dorsum, buku jari dan jari tangan kiri, Ulang langkah di tangan kanan.
  5. Gosok sekeliling ibu jari kiri dalam genggaman telapak tangan kanan dan sebaliknya.
  6. Kuncupkan jari tangan kanan di atas telapak tangan kiri dan gosok secara putaran ke hadapan dan ke belakang. Ulangi langkah ini di tangan kanan.
  7. Gosok secara putaran di pergelangan tangan kiri. Ulangi langkah ini di tangan kanan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber Gambar: Depositphotos