7 Aplikasi Senaman Untuk Bantu Anda Kekal Sihat Di Rumah

Semuanya ada dalam Apple Watch Series 5.

Malaysia kini berada dalam perintah kawalan pergerakan untuk membendung penyebaran wabak Covid-19. Sepanjang perintah ini berlangsung, anda digalakkan untuk berada di dalam rumah.

Berada di rumah bukan bermakna anda tidak boleh melakukan senaman. Dengan Apple Watch Series 5, pilih daripada pelbagai aplikasi senaman sambil ditemani dengan lebih daripada 60 juta lagu untuk berikan motivasi sepanjang aktiviti senaman anda.

Pantau Kesihatan Anda Dengan Aplikasi Aktiviti

Jam tangan Apple ini mempunyai tiga ‘cincin’ yang terdiri daripada Move, Exercise dan Stand. Satu matlamat: Penuhi cincin ini setiap hari. Ia adalah satu cara mudah yang menyeronokkan untuk jalani hari yang lebih sihat sepanjang masa. Itulah idea di sebalik aplikasi Aktiviti pada Apple Watch.

Penuhi aktiviti Move dengan mencapai rekod peribadi kalori aktif yang dibakar. Kalori aktif adalah yang dibakar melalui semua jenis pergerakan, dari menaiki tangga di tempat kerja sehingga bermain dengan anak atau membersihkan garaj. Menjadi aktif sepanjang hari adalah bahagian penting dalam menjalani kehidupan yang sihat.

Penuhi aktiviti Exercise dengan melengkapkan senaman sekurang-kurangnya 30 minit di atas kadar yang lebih pantas. ‘Cincin’ Exercise akan menunjukkan berapa minit aktiviti pantas yang telah anda selesaikan, sama ada anda hanya bergerak pantas atau melakukan senaman khusus dalam aplikasi Workout.

Penuhi aktiviti Stand dengan bangun dan bergerak sekurang-kurannya satu minit selama 12 jam yang berbeza pada waktu siang. Duduk terlalu lama boleh memudaratkan kesihatan anda.

Nike Training Club

Jurulatih peribadi anda yang terbaik. Bersesuaian dnegan 185 lebih latihan percuma dari kekuatan dan daya tahan sehingga mobiliti  dan yoga. Aplikasi Nike Training Club ini memaparkan pelatih Nike yang terkenal dalam setiap latihan yang dipilih. Setiap latihan yang ditawarkan tidak mengambil masa yang lama dan dengan menyambungkan telefon kepada Apple Watch dengan NTC, pilih senaman seterusnya dengan mudah, berhenti sebentar, langkau latihan atau banyak lagi. Semuanya boleh dilakukan sambil mengawasi kadar jantung dan kalori anda dari pergelangan tangan.

Seven- 7 Minute Workout

Mendapatkan tubuh yang sihat tidak pernah semudah ini atau menyeronokkan. Latihan Seven adalah berdasarkan kajian saintifik untuk memberikan manfaat maksimum dalam masa yang singkat. Cuma perlu tetapkan matlamat dan tahap kecergasan anda dan biarkan Seven uruskan yang lain.

SmartGym

Bosan menggunakan aplikasi nota untuk menjejaki senaman anda? SmartGym akan membantu menyelesaikan masalah anda. Matlamat SmartGym adalah untuk memberi tumpuan kepada tugas tertentu dan melaksanakannya lebih baik daripada aplikasi lain di pasaran. Rutin senaman, sejarah senaman dan ukuran tubuh kini sangat mudah untuk dijejaki.

Gymatic Workout Tracker

Gymatic atau dikenali sebagai VimoFit adalah aplikasi pertama untuk mengenal pasti senaman and secara automatik, mengira pengulangan anda dan log latihan yang dilakukan. Lebih lagi, ia menjejaki banyak statistik yang tidak dapat dijejaki oleh manusia. Berhubung dengan aplikasi Apple Health untuk membaca kadar jantung dan menyumbang kepada ‘cincin’ aktiviti anda.

CARROT Fit

Aplikasi ini membenarkan anda untuk melakukan senaman dengan cara yang menyeronokkan. Setiap 12 latihan yang menyeronokkan ini, anda akan mempunyai masa 30 saat dengan 10 saat berehat di antaranya untuk hidratkan tubuh, tarik nafas atau sebagainya. Dan kerana aplikasi ini bersambung dengan Apple Health, anda boleh menyimpan data berat badan dan latihan anda ke pangkalan datan HealthKit. Aplikasi ini juga memantau aktiviti kecergasan yang log masuk dnegan aplikasi serasi dengan HealthKit, walaupun anda tidak menggunakannya secara aktif.

Start With Yoga

Terdapat banyak jenis yoga dan banyak pendekatan kepadanya. Aplikasi ini diilhamkan oleh falsafah di sebalik yoga Hatha, yang direka untuk mewujudkan kedudukan badan yang selesa dan mantap yang membantu pengantaraan atau membolehkan anda untuk melakukan latihan yoga. Fokus dalam setiap posisi yoga ini adalah pernafasan agar dapat membuka sekatan minda dan badan. Mulakan dengan latihan yoga yang mempunyai pergerakan yang mudah. Aplikasi ini juga menggunakan Apple Health untuk menguruskan rutin senaman anda.

Pocket Yoga

Dengan Pocket Yoga, anda boleh lakukan senaman yoga dengan kelajuan sendiri dalam keselesaan rumah. Hanya perlu bentangkan tikar, letakkan peranti di hadapan dan Pocket Yoga akan membimbing anda melalui seluruh sesi anda. Lihat pose semasa, baki masa, kadar denyutan jantung, kalori yang terbakar dan banyak lagi menerusi Apple Watch Series 5.