6 Perkara Hebat Anda Boleh Buat Dengan Kamera Samsung Galaxy S20

Rakam memori indah dengan kamera inovatif ini.

Samsung Galaxy S20 telah mendapat perhatian ramain kerana pengalaman kamera inovatif yang diberikan seperti Space Zoom dan Single Take, serta sensor beresolusi tinggi, rakaman video dalam resolusi 8K yang menakjubkan dan fungsi utama yang lain.

Berikut adalah enam perkara yang boleh lakukan dengan kamera Samsung Galaxy S20.

Ambil Gambar Dengan Bebas

Custom Filter– membolehkan anda membuat dan menyesuaikan penapis atau filter foto peribadi anda sendiri menggunakan gambar sedia ada, termasuk gambar yang telah anda ambil menggunakan aplikasi kamera. Anda kini boleh sunting gambar anda agar ia sesuai dengan estetika dan nada warna sendiri, sebelum dan selepas mengambil gambar.

Beralih antara kamera depan dan belakang– Selain itu, untuk pengalaman video yang paling lancar, anda boleh beralih antara kamera depan dan belakang sambil merakam video 4K UHD- yang bermaksud anda tidak akan terlepas peluang untukĀ  merakam momen berharga dari setiap sudut. Semasa merakam video, pilih ikon ‘suis kamera’ di bahagian kanan skrin untuk menukar antara kamera depan dan belakang.

Melihat Dengan Mudah

Clean View– Dengan filter Clean View, aplikasi Galeri dapat mengumpulkan hingga 100 gambar berturut-turut menjadi satu berdasarkan pada saat gambar tersebut diambil untuk dilihat dengan mudah. Anda kemudian dengan mudah menyemak setiap kumpulan dan memilih gambar kegemaran anda untuk dijadikan sebagai thumbnail.

Carian yang dipertingkatkan– Galeri juga meawarkan keupayaan carian yang dipertingkatkan. Berbanding dengan sebelumnya, carian yang diperbaiki kini menunjukkan pelbagai hasil ketika anda mencari mengikut kata kunci masa atau tempat. Sekiranya istilah carian tidak menunjukkan apa-apa, S20 akan mencadangkan istilah carian yang serupa untuk membantu mencari apa yang dimahukan.

Sunting dan kongsi dengan cepat

 

Highlight Reel– Highlight reel membuat klip video dinamik daripada foto dan video kegemaran anda. Nikmati pilihan terbaik dari seleksi gambar anda atau ubah suai video dengan mengubah jangka masa, menambahkan teks, mengubah kelatangan latar atau muzik dan banyak lagi.

Perkongsian Pantas– Untuk membantu anda berkongsi foto dan video beresolusi tinggi dan pantas kepada rakan, Samsung telah menyediakan pengguna dengan Quick Share. Ini membolehkan anda melihat pengguna yang berdekatan dengan mudah sehingga anda dapat memilih dan berkongsi video beresolusi tinggi dengan banyak orang, hanya perlu menekan icon1.