Elak Ambil 6 Makanan Ini Sebelum Jam 10 Pagi

Ia boleh menyebabkan anda rasa lapar lebih cepat.

Mengambil sarapan amat penting bagi memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan mood dan mencegah kemurungan.

Namun begitu, anda perlu tahu makanan apa yang sesuai untuk sarapan pagi.

Oleh itu, Jelita senaraikan enam makanan yang perlu dielakkan sebelum jam 10 pagi.

Roti Bakar Mentega

Menu sarapan tidak semestinya terdiri daripada makanan sihat. Helahnya adalah mencari lemak yang betul untuk dimakan pada waktu pagi. Mentega mengandungi lemak yang membantu anda memproses vitamin tetapi ia juga mengandungi banyak lemak tepu yang boleh menyebabkan kerosakan pada jantung dan berat badan.

Sebaliknya: Sapukan mentega kacang di atas roti bakar anda. Ini kerana kacang tanah dan mentega kacang tulen membantu anda untuk rasa kenyang di siang hari kerana ia meningkatkan pengeluaran peptida YY, hormon yang mengawal kelaparan, menjadikannya menu sarapan yang hebat.

Bijirin Sarapan Pagi

Bijirin sarapan pagi adalah menu klasik ketika sarapan. Walaupun ia sangat praktikal, bijirin ini mengandungi sejumlah besar gula yang kemudiannya akan menjadi lemak di perut.

Sebaliknya: Makan oatmeal. Ia mengandungi serat yang sihat dan juga bebas gula. Mengurangkan pengambilan gula pada waktu pagi dapat membantu mengelakkan rasa penat di petang hari.

Penkek Dan Waffle

Makanan ini mungkin mudah dimasak tetapi ia mengandungi karbohidrat yang agak tinggi. Ini tidak semestinya satu perkara yang buruk, bergantung pada diet anda tetapi ia boleh menyebabkan rasa lapar yang cepat. Selain itu, ia juga mengandungi sedikit serat dan banyak lemak trans yang membahayakan kesihatan.

Sebaliknya: Buat penkek atau waffle sendiri di rumah. Pilih tepung wholemeal atau semak nilai pemakanan untuk penkek serat tinggi. Atau anda boleh gantikannya dengan beberapa roti bakar wholemeal.

Yogurt Rendah Lemak

Yogurt rendah lemak telah menjadi alternatif untuk menu sarapan pagi. Malangnya ia mengandungi banyak gula untuk memberikan rasa dan sedikit protein. Kajian yang dijalankan di luar negara menunjukkan yogurt biasa sebenarnya membantu menurunkan berat badan. Pengambilan protein pada waktu pagi dapat membantu mengurangkan rasa lapar.

Sebaliknya: Pilih yogurt biasa tanpa gula.

Jus Buahan

Jus buah mengandungi gula yang sama banyak seperti soda dan ini menjadikannya  pilihan yang buruk untuk sarapan pagi. Selain itu, ia juga membuatkan anda cepat lapar kerana jus tidak perlu dikunyah dan sebab itu penting untuk memulakan hari dengan mengunyah makanan.

Sebaliknya: Makan buah biasa. Ia adalah cara yang baik untuk mengaktifkan sistem penghadaman anda pada waktu pagi dan menyediakannya untuk pengambilan kalori yang lebih tinggi dalam menu seterusnya.

FODMAP

Epal, bawang putih, buah pear, kacang, dan pic adalah antara makanan yang mengandungi oligosakarida, disakarida, monosakarida dan poliol atau FODMAP. Ia adalah karbohidrat yang sensitif pada tubuh kerana ia sukar untuk dicerna daripada yang lain, menyebabkan proses penapaian dalam perut dan usus, sehingga terjadinya perut kembung. FODMAP ini tidak boleh dielakkan tetapi sebaiknya dimakan kemudian apabila sistem pencernaan jadi lebih aktif.

Sebaliknya: Makan makanan ini dengan kuantiti yang kecil dan gabungkan dengan makanan yang kaya dengan lemak dan protein sihat untuk membantu anda mencernakannya.