6 Langkah Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik

Cuba tip ini untuk mencari keseimbangan hidup yang betul!

Masalah kesihatan mental adalah masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung. Menurut kaji selidik National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015, setiap seorang daripada tiga orang dewasa yang berusia 16 tahun ke atas di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Cuba langkah ini untuk menjaga kesihatan mental anda dengan baik:

masalah kesihatan mental

1. Hargai diri sendiri

Elakkan mengkritik diri sendiri. Layan diri anda dengan kebaikan dan rasa hormat. Labur diri dengan kemahiran dan pengalaman dengan kerap seperti pergi bercuti, pergi ke kelas menari, belajar bahasa lain atau bermain alat muzik. Buat apa saja yang anda minat!

2. Jaga kesihatan fizikal 

Minum air secukupnya dan amalkan makanan berkhasiat. Selain itu, pastikan anda pergi bersukan dengan kerap sekurang-kurang dua kali seminggu dan dapatkan tidur secukupnya.

3. Tubuhkan keluarga yang kuat dan sokongan sosial

Orang yang mempunyai kekeluargaan yang kuat atau kehidupan sosial secara amnya lebih sihat berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai rangkaian sokongan. Rancang aktiviti bersama keluarga atau rakan anda. Cari aktiviti lain di mana anda dapat berjumpa orang lain seperti sertai kelab atau hadir ke kelas kumpulan sokongan.

4. Jadi sukarelawan

Bantu orang lain dari segi masa dan tenaga. Anda akan berasa lega dan puas apabila dapat membantu orang lain yang memerlukan pertolongan. Selain itu anda dapat berjumpa dengan kenalan baru.

5. Belajar atasi tekanan

Suka atau tidak, tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan. Cuba tulis jurnal untuk melepaskan segala tekanan anda. Pastikan anda sering senyum dan ceria. Selain itu, ketawa juga dapat meningkatkan sistem imun tubuh, mengurangkan tekanan, tubuh badan menjadi lebih relaks dan mengurangkan kesakitan.

6. Sentiasa mencari bantuan

Mencari bantuan adalah tanda kekuatan, bukan bermakna anda lemah. Anda perlu ingat bahawa rawatan sangat berkesan tergadap seseorang. Orang yang mendapat rawatan yang sewajarnya boleh pulih dari masalah mental dan ketagihan serta mendapat kehidupan yang lebih baik.

Adaptasi daripada Institut Kesihatan Mental Negara (NIMH)

Baca juga: 8 Teknik Regangan Yang Mampu Mengubah Kesihatan Anda