5 Makanan Ini Dapat Mengurangkan Risiko Penyakit Alzheimer

Amalkannya sekarang!

Ada banyak cara yang boleh anda cuba untuk menguatkan daya ingatan dan salah satunya adalah dengan mengamalkan diet sihat. Pengambilan makanan yang berkhasiat dapat membantu mengurangkan risiko nyanyuk atau penyakit Alzheimer.

Jelita senaraikan lima makanan yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit ini.

Beri

Buah beri kaya dengan flavonoid yang sangat bermanfaat untuk otak. Menurut satu kajian yang telah dijalankan  selama 20 tahun dengan beribu sukarelawan yang diberikan makan pelbagai buahan, penyelidik mendapati mereka yang makan buah beri mempunyai kadar penurunan kognitif yang paling perlahan. Jadi, tambahkan buahan beri sebagai makanan ringan.

Sayur Hijau

Bukan sahaja ia baik untuk kesihatan tubuh, sayuran juga baik untuk kesihatan otak kerana ia mengandungi nutrien seperti folat, flavonoid, vitamin E dan karotenoid. Sayuran hijau seperti bayam, salad dan kale adalah pilihan terbaik untuk membantu menurunkan kadar penuaan otak. Jadi, inilah masanya untuk anda masukkan hidangan salad dalam menu.

Kacang

Elakkan makanan ringan dan gula-gula yang sudah diproses, gantikannya dengan kacang mentah atau panggang. Kacang kaya dengan vitamin E yang dalam membantu meningkatkan fungsi otak. Ia juga mengandungi lemak sihat, serat dan antioksidan yang membantu kesihatan anda secara menyeluruh. Anda juga boleh cuba menggabungkan kacang dan beri untuk meningkatkan lagi rangsangan otak.

Minyak Zaitun

Sering digunakan dalam diet Mediterranean, minyak zaitun sebenarnya baik dan sihat untuk tubuh. Dan bukan sahaja untuk tubuh, ia juga baik dalam melindungi otak daripada penyakit seperti nyanyuk.

Ikan

Kajian mendapati mereka yang kerap makan ikan mendapat markah yang lebih baik dalam ujian ingatan berbanding  mereka yang kurang makan ikan. Ia mengandungi lemak sihat, B-6 dan B-12 yang bermanfaat untuk otak. Pastikan anda masukkan ikan dalam menu harian seminggu sekali.

Sumber Gambar: Depositphotos