5 kebaikan senaman skipping untuk tubuh anda!

Betulkah wanita tidak dibenarkan lompat tali?

Skipping adalah senaman seluruh badan yang sangat bagus diamalkan setiap hari. Malah, ia dapat menurunkan berat badan dan banyak membakar kalori jika dilakukan 10 hingga 20 minit sehari berbanding jogging. Ramai wanita beranggapan anda tidak boleh mengamalkan senaman lompat tali ini di atas beberapa mitos seperti menyebabkan jatuh peranakan, payudara dan pinggul anda. Sama sekali tidak benar! Kevin Zahri juga pernah mengatakan isu peranakan jatuh adalah lebih berkait dengan teknik dan cara senaman itu sendiri. Apa yang penting adalah teknik skipping untuk kurang impak pada sendi anda. Pemakaian kasut membantu stabilkan kedudukan anda dan bantu impak lebih lembut pada tubuh anda.  Selain itu, jangan lupa pemakaian bra sukan juga dapat menyokong setiap pergerakan semasa melakukan apa jua senaman.

Jelita kongsikan 5 kebaikan senaman lompat tali pada tubuh anda:

  1. Senaman tanpa kos harian! Anda hanya mengeluarkan wang sekali saja untuk membeli tali yang berharga kurang dari RM20 dan boleh digunakan sehingga rosak. Boleh dilakukan di mana saja dan bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar kawasan rumah. Tidak perlu ke gimnasium!
  2. Senaman seluruh tubuh badan menggunakan abdominal anda untuk menstabilkan badan, kaki untuk melompat, bahu dan lengan untuk memusingkan tali.
  3. Satu jam lompat tali dapat membakar lebih 1,600 kalori. Anda boleh mula dengan lima ke 10 minit melompat tali setiap hari. Tingkatkan tempoh dan intensiti setiap hari.
  4. Bantu meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah. Ia juga boleh meningkatkan sistem imun tubuh anda, mengimbangi metabolisme dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan dalam jangka masa singkat.
  5. Lompat tali dengan kerap membantu tingkatkan stamina, fokus, fleksibiliti dan keseimbangan. Selain itu, meningkatkan kesihatan mental anda dengan meredakan mood. 

Baca juga: Atilia & Linora Kongsi Tip Pemilihan Bra Sukan