5 Cara Detoks Digital Di Rumah

Manfaatkannya demi kesihatan mental anda!

Rasa bimbang bila membaca berita atas talian atau mesej rakan mengenai Covid-19?

Lakukan ‘detoks digital’ pada hujung minggu ini. Beberapa jam pun boleh memberi manfaat!

Menurut Orianna Fielding, pengasas Syarikat Detox Digital, ia dapat didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk menetapkan peraturan dan tabiat sehari-hari tentang bagaimana menggunakan teknologi dengan bijak.

Berikut Jelita kongsikan lima cara detoks digital di rumah.

  1. Baca buku, main permainan tradisi/papan/kad yang tidak melibatkan skrin.
  2. Mencari hobi baru yang boleh dilakukan di dalam rumah. Contohnya, berkebun di halaman rumah, buat kraftangan ataupun belajar memasak. Apabila anda menceburi hobi baru, ia dapat menghilangkan rasa bosan dan menenangkan fikiran anda.
  3. Matikan notifikasi aplikasi kecuali panggilan untuk kecemasan. Sesetengah orang rasa bimbang apabila terdengar notifikasi e-mel atau pesanan. Lebih baik matikan semua notifikasi itu sekurang-kurangnya tiga jam.
  4. Jangan menggunakan alat digital di tempat tidur. Cuba berhenti memandang skrin alat digital sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur.
  5. Jalankan ‘puasa media sosial’ di hujung minggu yang tertentu. Mesej-mesej di media sosial boleh menyebabkan gangguan emosi anda. Malah, dalam masa yang sama juga terdapat banyak tekanan yang lain. Cuba ambil masa dengan berehat seketika dari semua media sosial.

 Sumber: UNICEF Malaysia

Gambar: Depositphotos

 

Baca juga: Tip Sembunyikan Lengan Besar