4 Langkah Mencegah Virus Influenza Daripada Menjangkiti Anda

Bagaimanakah virus influenza ini mudah berjangkit?

Pada musim perubahan cuaca ini, selesema lazim berlaku di kalangan penduduk di Malaysia. Bagi mengelak jangkitan influenza, amalkan cara basuh tangan yang betul dan kerap, elakkan tempat awam yang ramai pengunjung, tutup mulut dan hidung apabila anda bersin dan batuk, serta digalakkan duduk di rumah sekiranya anda demam.

Influenza diklasifikasikan kepada 3 jenis utama iaitu A,B dan C. Influenza A adalah jenis yang kerap berlaku di mana jangkitan ringan akan sembuh dengan sendiri namun jangkitan yang teruk boleh meragut nyawa. Berikut adalah langkah pencegahan yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

View this post on Instagram

Influenza diklasifikasikan kepada 3 jenis utama iaitu A,B dan C. Influenza A adalah jenis yang kerap berlaku dimana jangkitan ringan akan sembuh dengan sendiri namun jangkitan yang teruk boleh meragut nyawa. Individu yang mempunyai risiko komplikasi influenza seperti warga emas berumur lebih 65 tahun atau individu yang lemah system pertahanan badan perlu mendapatkan bantuan rawatan perubatan dengan segera. Di musim perubahan cuaca ini, selesema adalah lazim berlaku dikalangan penduduk di Malaysia. Bagi mengelak jangkitan influenza, amalkan cara basuh tangan yang betul dan kerap, elakkan tempat awam yang ramai pengunjung, tutup mulut dan hidung apabila anda bersin dan batuk serta digalakkan duduk dirumah sekiranya anda demam.

A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia) on

Kumpulan Berisiko Tinggi Dijangkiti Influenza:

  • Kanak-kanak di bawah umur lima tahun (terutama dua tahun ke bawah).
  • Wanita hamil.
  • Warga emas 65 tahun ke atas.
  • Pesakit penyakit kronik (jantung, ginjal, diabetes, darah tinggi, lelah dan lain-lain).
  • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah sama ada akibat penyakit kronik yang dihidapi (seperti pesakit kanser, HIV dan lain-lain) atau akibat ubatan yang diambil (seperti kemoterapi, steroid dan lain-lain).

Lihat juga: 5 Makanan Ini Dapat Mengurangkan Risiko Penyakit Alzheimer