Zahirah MacWilson Jadi ‘Ratu’ Koleksi Raya Innai Red

Gabungan padu yang mewah dan menawan.

Suntikan moden pada yang klasik menjadikan Aidilfitri bersama Innai Red lebih bererti.

Hadirnya Raya pada kemuncak musim Bunga/Panas 2020 dan seleksi keluaran Innai Red antara yang dinantikan.

Tahun ini, ianya lebih eksklusif apabila menampilkan Zahirah MacWilson, aktres jelita yang baru saja mendirikan rumah tangga bersama Aiman Hakim Redza.

Ia tampak serasi kerana Zahirah berjaya mengetengahkan sisi eksklusif lagi mewah pada koleksi yang mempamerkan keseimbangan di antara usia muda dan keanggunan juga karakter dirinya lantas menjadikan kerjasama ini tampak rapi.

REKAAN YANG MEMUDAKAN ANDA

Izrin Ismail, pemilik label Innai Red mahu menawarkan potongan yang tampak effortless dan berfungsi penuh dengan padanan yang sempurna. Menggunakan fabrik seperti organza dan sutera satin, perincian diinspirasikan dari era 80-an pada lengan bervolum juga puff shoulder memudakan suara koleksi ini.

Cetakan dan perincian yang disuntik memberikan makeover yang tampak mewah kepada busana Melayu. Rekaan kebaya, kebarung, kurung labuh dan kurung Kedah dikemaskini dengan DNA rekaan Innai Red yang menggunakan renda halus selain binaan yang kemas dengan lipatan feminin.

Rekaan kain yang sedikit senteng buat Kebaya dan Kebarung kini menjadi kegemaran bagi mereka yang mahu menonjolkan seleksi padanan kasut. Sisi moden bukan saja jelas pada potongan dan fabrik tetapi perincian yang dipilih jelas sekali dengan penuh perhatian untuk setiap helaian.

Permainan Rekaan Yang Unik

Kerongsang tradisional ditukar ganti dengan batuan yang disulam untuk membentuk seakan kerongsang untuk estetik yang lebih segar.

Pelbagai warna dimainkan dalam koleksi ini, menawarkan pilihan mengikut selera peribadi. Daripada rona yang garang kepada pilihan pastel, tapestry lace dan brokat berwarna abstrak.

Innai Red Raya 2020 dijual bermula harga RM3,000 hingga RM4,800 dan secara esklusif di butik Innai Red di Plaza Damas bermula 10 April lalu.

Baca juga: Hanya Serein Raya 2020 Mencari Cahaya Ketenangan