Yang Selesa Untuk ‘Kembar’ Anda

Coli paling lembut pada 2019 ini!

Bagi anda yang sentiasa pentingkan kualiti bila memilih coli dan seluar dalam yang hendak dipakai setiap hari, anda boleh ambil kira pilihan terbaru ini.

Kualiti yang hadir dengan keselesaan dan rasa ringan bila memakainya adalah ciri utama diketengahkan rangkaian Sloggi terbaru, iaitu Wow Embrace bagi Musim Luruh/Dingin 2019.

Sebenarnya, Sloggi sudah lama memperkenalkan rangkaian Wow Comfort sejak Musim Bung/Panas 2017 dan ia telah menetapkan standard tersendiri sebagai pakaian dalam paling lembut, menyokong padu dan selesa.

Musim terbaru ini, Sloggi mengangkat inovasi rekaannya pada satu lagi tahap menerusi Wow Embrace – coli yang memeluk elok tubuh dan payudara anda tetapi amat selesa.

Masih kekal dengan mangkuk menggunakan material lembut hinggalah ke bahagian cangkuknya, ia adalah coli ‘proper’ mengikut standard tradisional, demikian menurut siaran media dikongsikan kepada Jelita.

Biarpun hadir tanpa bahagian tulang tepi seperti kebanyakan coli di pasaran, tetapi ia masih mempunyai teknologi FlexiMesh untuk memberi sokongan yang wajar.

Rangkaian Wow Embrace turut memuatkan Padded Bra, Push-up Bra, Bra Shirt, Hipster dan Short. Ia hadir dalam kombinasi rona Blue-Light, Skin-Light dan Hitam.

Untuk memudahkan anda memilih, Wow Embrace memaparkan ciri terbaru Sloggi Easy Sizing – yang direka bagi menyenangkan anda membeli coli sebenar, semudah membeli kemeja-T!

Siapa kata susah hendak mencari coli yang selesa dan sepadan gaya hidup anda?

Anda boleh dapatkan koleksi Sloggi Wow Embrace ini di Lingerie Department di kebanyakan Aeon, Isetan 1 Utama dan The Gardens, kebanyakan Parkson Grand, Sogo juga butik Triumph terpilih.

 

Baca juga: 3 Langkah Mudah Cara Pemakaian Coli Yang Betul