Untuk Kulit Yang Bersedia Terima Apa Jua Khasiat Produk

Asasnya? Kena tahu cara bersihkan kulit.

Anda mahukan kulit wajah yang tampak sihat dan berseri sepanjang tahun?

Ianya perlu hadir dengan asas membersihkan wajah dengan baik dan secara disiplin.

Permukaan wajah yang dibersih sempurna akan menghilangkan kotoran yang menyumbat liang pori hingga terjadinya kekusaman, jerawat mahupun tanda penuaan pramatang.

Justeru, anda perlu rajin membersih wajah dengan produk yang betul kemudian persiapkannya untuk menerima khasiat daripada serum, pelembap juga krim tabir suria.

Cuba saranan Jelita yang berikut:

SANG KEMBAR TIGA

Bakal menemui anda di pasaran Jun 2020, tiga ‘teman baru’ menyertai tujuh beradik dalam koleksi pembersih Chanel iaitu Le Gel, Le Gommage dan Le Masque.

Untuk kegunaan harian, Le Gel membantu menyingkir kekotoran pada permukaan kulit. Seminggu sekali atau bergantung kepada keperluan kulit anda, Le Gommage bertugas sebagai eksfoliasi untuk membuang partikel kotor dan sel kulit mati.

Manakala Le Masque mengecas semula kulit dengan vitamin, membersih dan melembutkan tekstur kulit.

KEKAL JADI KEGEMARAN RAMAI

Antara yang popular dalam rangkaian penjagaan wajah Fresh Beauty, kini Soy Face Cleanser hadir dalam saiz jumbo 400ml dan botol pam yang lebih memudahkan sesi membersih wajah anda setiap hari.

Saiz baru ini menyertai ‘famili’ Soy Cleanser yang turut hadir dalam saiz 50ml dan 150ml. Yang penting, pembersih wajah bertekstur gel ini mengandungi protein soya yang diperkaya dengan amino asid untuk mengekalkan keanjalan kulit anda.

Ekstrak timun dan air ros melembut dan menyeimbang kulit, manakala borage seed oil kaya khasiat untuk wajah. Bahan ini bukan saja mampu membuang solekan termasuk maskara, tanpa memedihkan mata atau membuang kelembapan pada kulit.

MURAH TAPI MANTAP!

Persiapkan kulit anda menggunakan Face Republic PurePrepTrio! Jenama dari Korea ini tidak mengandungi sebarang alkohol, paraben, benzophenone, chlorphenesin atau wangian – menjadikannya permulaan pada resolusi kulit sihat yang baik untuk anda.

Mild Cleansing Water, RM29.90 (murahnya!) adalah pembersih lembut yang menyingkir sisa mekap, kotoran dan minyak berlebihan bila anda membersih atau melakukan pembersihan berganda pada wajah.

Tip: Anda boleh gunakannya sebaik bangun pagi kerana ia membersih wajah namun tidak menanggalkan lembapan semula jadi pada kulit.

Sesuai buat kulit yang kering, berminyak dan sensitif, PH-Balancing Toner, RM39.90 mempersiap kulit dengan mengembalikan keseimbangan semula jadi tanpa menyingikir minyak natural.

Ucapkan selamat tinggal pada sel kulit mati yang anda simpan sejak 2019! AHA/BHA Toner, RM49.90 bertugas menyingkir kulit yang kusam dan kasar. Pada masa sama, memberinya kasih sayang bila muncul hari kulit meragam.

 

Baca juga: Mantapkan Rutin Cantik Dengan Ini…