Uniknya Nama Koleksi Raya Larney Tahun Ini

Guna istilah trending dan viral!

Relevan dengan situasi #DudukRumah ketika ini, Larney melancarkan koleksi baju raya ready to wear menggunakan judul trending atau viral di laman sosial.

Antaranya Stay At Home Kebaya, Don’t Panic Kurung Kedah, TQ Frontliners Tutu Lace, Social Distancing Dress dan Be Safe Mini Kurung yang diambil daripada kebanyakan butang carian di laman sosial.

Terdapat 21 rekaan menjadi pilihan Larney untuk koleksi Lebaran kali ini yang masing-masing mengetengahkan peningkatan kualiti tak kira dari segi jahitan, pemilihan fabrik dan rekaan yang memenuhi cita rasa wanita urban masa kini.

Koleksi kali ini masih mengetengahkan identiti atau DNA Larney dan disempurnakan dengan pemilihan fabrik selesa seperti sutera satin, kain kapas lembut, renda, kain bermanik dan juga songket.

Pengasas Larney, Zura Zaibidi berkata, pemilihan judul rekaan daripada nama trending berkenaan adalah antara cara dalam meningkatkan semangat kebersamaan golongan wanita sepanjang penularan wabak Covid-19 di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

“Sebagai seorang wanita, ibu dan isteri, saya percaya wanita di luar sana terutama yang bekerja di pejabat, pastinya terkesan dengan perubahan sekitar yang memerlukan mereka tinggal atau duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Jadi, sesuai dengan situasi semasa, Larney memilih nama-nama berkenaan untuk disemadikan di dalam koleksi Raya Larney tahun ini,” katanya yang juga amat terkesan dengan perintah PKP akibat wabak Covid-19 melanda dunia ketika ini.

Koleksi Larney Raya 2020 hadir di dalam pilihan saiz S, M, L, XL dan boleh dimiliki pada harga bermula RM259 sehingga RM689.

Katanya, meskipun pihaknya sudah merencanakan sesuatu yang lebih istimewa bagi menyemarakkan kempen Larney Raya 2020, tetapi kekangan berikutan PKP ini bukanlah menjadi alasan untuk pihaknya tidak merealisasikan koleksi Lebaran buat wanita pada tahun ini.

Zura berkata, pihaknya sedar dengan impak yang besar daripada penularan Covid-19 ini, tetapi dia juga maklum bahawa ramai wanita yang memerlukan sekurang-kurangnya satu persalinan baru bagi meraikan Hari Raya hujung Mei ini.

“Saya berpendapat, dengan adanya koleksi baju raya, ia sedikit-sebanyak akan memberi lebih semangat atau cahaya baru buat golongan wanita yang telah terlalu lama duduk di rumah akibat PKP.

“Saya juga agak terkejut, sejak PKP terdapat ramai pelanggan setia dan baru yang telah membuat pembelian persalinan Larney. Malah, ramai juga yang bertanyakan tentang koleksi raya tahun ini.

“Disebabkan itu jugalah, saya lebih bersemangat untuk terus melahirkan Larney Raya 2020 kerana saya yakin wanita juga berhak untuk tampil baru dan betenaga pada pagi raya nanti,” katanya.

Sehubungan itu, Jenama Larney juga turut terlibat dalam menyiapkan persalinan PPE untuk para petugas barisan hadapan di hospital sebagai tanda sokongan di atas usaha murni mereka untuk merawat pesakit yang menghidap Covid-19.

Sejak minggu ketiga PKP, Larney telah menyiapkan ratusan persalinan PPE bersama-sama jenama fesyen terkenal tempatan yang lain. Lebih banyak persalinan akan dilahirkan selepas ini.

Larney juga berharap agar wanita bekerjaya di luar sana tidak mudah berputus asa meskipun terpaksa melaksanakan tugas dari rumah, sebaliknya perlu mula menyusun strategi bagi menjana ekonomi negara.

“Wanita Larney adalah seorang yang bijak mencari peluang, mesti cepat bertindak, konsisten dan tidak muda berputus asa,” kata Zura menyuntik semangat wanita di luar sana sepanjang sesi PKP.

Pembelian Larney Raya 2020 boleh dibuat dengan melayari laman web www.larney.com.my atau hubungi 011-23794505.

Larney Raya 2020
1. Stay At Home Kebaya
2. Lockdown Kurung Kedah
3. We Can Win Dress
4. Be Safe Mini Kurung
5. Flatten The Curve Kebaya
6. Stay Strong Kurung
7. Be Smart Sequin Kurung
8. Be Smart Lace Kurung