Tip Jaga Aksesori Agar Tahan Lebih Lama

Biar berbaloi setiap ringgit yang anda laburkan.

Aksesori adalah item fesyen yang melengkapi gaya si pemakai. Kecil tetapi penuh bermakna, antaranya anting-anting, gelang tangan, jam tangan, tali pinggan, kaca mata dan banyak lagi. Kini, aksesori kian menjadi trend yang hadir pelbagai reka bentuk unik dan mencuri perhatian.

Koleksi Hari Kekasih daripada Pandora.

Cuba lima tip penjagaan aksesori daripada Jenn Low, pengasas dan pengarah urusan Wanderlust + Co ini.

  1. Simpan aksesori di dalam plastik zip lock agar tidak terkena kotoran bila anda letakkan di dalam beg tangan.
  2. Susun aksesori di dalam kotak atau beg aksesori yang tertutup dan mudah dibawa kala berlibur.
  3. Asingkan aksesori mengikut kategori untuk lebih teratur agar tidak berbelit antara satu sama lain.
  4. Elakkan daripada tempat lembap dan bahan kimia seperti minyak wangi, krim dan losen.
  5. Elakkan menindih aksesori anda dengan barang yang berat agar reka bentuk aksesori tidak berubah.

Gambar utama: Pandora

Lihat juga: 6 Kesilapan Fesyen Yang Boleh Buat Anda Kelihatan Kolot