Keselesaan Maksima Buat Wanita Berhijab Yang Aktif

Dihasilkan oleh dua selebriti popular.

Bagi wanita yang gemar bersukan, pemilihan pakaian atau hijab yang betul amat penting untuk memastikan keselesaan dan sudah tentu perlu menutup aurat. Dua jenama yang dihasilkan oleh dua pelakon jelita ini, Hanis Zalikha dan Sherry Ibrahim pasti akan memenuhi keperluan anda.

1 of 2

Cakenis 

Jenama Cakenis yang diusahakan oleh Hanis Zalikha memperkenalkan koleksi eksklusif pakaian renang Cakenis, dikenali sebagai Cakenis Swimwear. Koleksi penuh Cakenis Swimwear menyasarkan keperluan pasaran yang praktikal tetapi bergaya.

Apa yang membezakan Cakenis Swimwear dengan jenama lain bukan hanya rekaan yang cantik dan menarik, tetapi setiap koleksi didatangkan dengan Flowy Chiffon Wrap sebagai pakaian luar yang boleh digayakan bersama. Ini sangat sesuai digayakan bukan hanya di kolam renang, tetapi juga apabila bercuti di pantai.

1 of 2