Tambah Gincu Frozen Ini Dalam Koleksi Solekan Anda

Tampil secantik Elsa

Luxasia telah bekerjasama dengan The Walt Disney cawangan Asia Tenggara untuk menghasilkan dan mereka koleksi gincu khas yang bertemakan karakter kesayangan ramai dalam filem animasi Disney Frozen 2 yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 21 November 2019.

Diilhamkan dari sekuel filem animasi yang dinantikan ramai, Frozen, koleksi ini diberi nama “Believe in the Journey” yang membawa maksud kepada tema keluarga, persahabatan dan pengembaraan yang tidak berkesudahan.

“Kami harap dapat menarik peminat Disney lebih dekat dengan karakter Disney melalui daripada koleksi ini,” -Wolfgang Baier, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Luxasia.

Dirumuskan di Korea dan bebas daripada paraben, formula hidrasinya diperkaya dengan Vitamin E, Argan, Rosehip dan minyak Jojoba. Koleksi gincu ini datang dalam pembungkusan yang elegan dan unik. Diinspirasikan dari watak Frozen yang digemari ramai, Elsa, Anna dan Olaf.

Terdiri daripada lima warna yang dinamakan sempena tema memperkasa iaitu True to Myself (merah jambu nude), Fearless (nude beige), Born to Lead (merah jambu plum), Eternal Optimist (merah mawar) dan Be Cool (coral).

Gincu ini akan dilancarkan pada 18 November 2019 dan secara eksklusif  boleh didapati di cawangan Guardian terpilih di Malaysia Barat dan juga di Lazada.