Serlahkan Keyakinan Diri Anda Dengan Solekan Dari Korea

Holika Holika kini boleh didapati di Guardian

Permintaan untuk jenama kecantikan Korea dalam industri kecantikan Malaysia semakin meningkat. Ternyata, industri kecantikan Korea adalah daya penarik dunia kecantikan dengan pelbagai trend cantik dan juga inovasi terkini. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Luxor YRM dengan bangganya memperkenalkan Holika Holika di Malaysia.

Holika Holika adalah salah satu daripada 10 jenama kecantikan yang terkenal di Korea. Menurut Pengurus Besar Luxor YRM Sdn Bhd, dia ingin pengguna berasa teruja dengan jenama Holika Holika ini kerana ia menggabungkan warna yang luar biasa, glitter, tekstur dan juga tahan lama.

Tambahnya lagi, Holika Holika akan turut bekerjsama dengan salah satu jenama besar di Malaysia, Guardian.

Di majlis pelancaran, jenama tersebut turut memperkenalkan pemenang “Wajah Holika Holika”. Uji bakat terbuka telah diadakan pada bulan Ogos di Luxor Tech Centre, Luxor YRM HQ. Objektif utama pencarian ini adalah untuk memilih jurucakap yang memiliki personaliti yang diingini Holika Holika dan untuk meningkatkan keyakinan seseorang dari dalam dan juga luar.

Dengan rangkaian Holika Holika yang pelbagai, jenama itu turut memperkenalkan rangkaian Complex Watermelon TM, yang boleh didapati pada bulan November 2019 manakala koleksi Nudrop dan Chunky Funky boleh didapati pada suku pertama tahun hadapan.

Untuk lebih maklumat lanjut, anda boleh layari laman Instagram dan Facebook Holika Holika.