Selena Gomez Lancarkan Jenama Kecantikan Sendiri Di Sephora

Cari kecantikan anda sendiri dengan Rare Beauty!

Ianya sudah rasmi, Selena Gomez akan melancarkan jenama kecantikannya sendiri. Tetapi menurut pelakon, penulis lirik dan penyanyi itu, koleksi yang bakal dilancarkan, Rare Beauty akan menwakili lebih daripada sekadar koleksi produk, ia akan merangkumi keseluruhan gaya hidup.

“Rare Beauty bukan tentang bagaimana orang lain melihat anda, ia adalah bagaimana anda melihat diri sendiri,”-Selena Gomez.

Dalam video yang dikongsikan menerusi laman Instagramnya, Selena mendedahkan bahawa koleksi solekan yang telah diusahakannya selama dua tahun yang lalu akan tersedia secara eksklusif di Sephora. Selena Gomez juga kelihatan memakai produk tersebut dalam video pengumuman yang menampilkan bibir merah dan pembayang mata berkilaunya. Dia juga turut melaporkan berita tergempar itu dari ibu pejabat jenama tersebut.

Selena terus menjelaskan bahawa projek itu dilahirkan daripada keperluan peribadinya untuk jenama yang mewakili wanita dan gadis muda dengan cara memberi inspirasi kepada kepercayaan dan keperibadian.

Nama koleksi tersebut yang juga tajuk album studionya yang ketiga, mencerminkan keinginan Selena Gomez untuk membuat koleksi itu mudah didapati kepada semua orang. Dengan itu, Selena turut menambah bahawa dia berhasrat untuk menyertakan peminat dan orang sebenar dalam pembangunan dan pemasaran jenama itu.

Jadi, jangan lupa untuk dapatkan koleksi Rare Beauty ini di Sephora apabila ia dilancarkan nanti.