Kerjasama Hilton Dan Christy Ng Hasilkan Beg Kek Bulan Yang Istimewa

Eksklusif beg tangan rekaan Christy Ng!

Hilton Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah untuk para selebriti, media, personaliti media sosial dan tetamu setia hotel lima bintang tersebut yang hadir untuk menyaksikan pelancaran siri Kek Bulan Mid- Autumn pada tahun ini. Lebih istimewa, siri ini menyaksikan kerjasama Hilton bersama dengan pereka kasut terkenal, Christy Ng dalam menghasilkan dua kotak (atau beg) signatur yang sememangnya menarik dan cantik yang digelar sebagai Crimson Red dan Royal Purple.

Beg berbentuk bulat ini dihasilkan dengan menggunakan fabrik kulit sintetik dan dipenuhi dengan cetakan bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan Malaysia. Beg istimewa ini boleh ditukar menjadi beg silang dengan penambahan tali tas tangan.

Kerjasama berterusan dengan pereka tempatan untuk perayaan ikonik adalah satu inisiatif yang diterajui oleh Hilton Kuala Lumpur untuk menyerlahkan bakat pereka lokal dan juga sumber berharga yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negera yang kaya dengan budaya yang unik.

Inisiatif itu  mendapat pujian daripada Christy Ng yang menyatakan bahawa projek ini adalah salah satu kemuncak untuk kerjayanya sebagai pereka dan juga sebagai jenama lokal kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan salah satu rangkaian hotel termewah di dunia.

Tambahnya lagi, reka bentuk bunga raya dipilih sebagai motif corak beg ini kerana ia melambangkan kenangan di Malaysia sebagai rumahnya dan juga sebagai refleksi daripada rakyat dan budaya Malaysia yang pelbagai.

Allure Tropical Series adalah rangkaian utama untuk tahun ini dan ia datang dengan kotak hadiah kek bulan yang direka khas oleh Christy Ng. Dalam setiap kotak istimewa itu akan dilengkapi dengan empat keping kek bulan pilihan Chef dari Hilton Hotel. Semuanya berharga RM 168.

Untuk pakej Snow Skin yang dijual pada harga RM 178, anda boleh membuat pilihan empat kek bulan daripada pelbagai jenis kek bulan Snow Skin. Tidak ketinggalan buat anda yang gilakan durian. Pakej Heavenly God turut menawarkan kek bulan Snow Skin Musang King. Jika anda inginkan beg menarik ini, anda boleh membelinya tanpa kek bulan pada harga RM 148.

  • Christy Ng Crimson Red RM 168
  • Christy Ng Royal Purple RM 168
  • Pakej Snow Skin (termasuk kotak hadiah) RM 178
  • Pakej Heavenly God (termasuk kotak hadiah) RM 280
  • Kotak hadiah kek bulan sahaja- Crimson Red/ Royal Purple RM 148
  • Tambahan: Beg cooler RM 20
  • Tambahan: Tali tas tangan Allure Tropica RM 20

Semua kek bulan ini boleh didapati di kedai pop-up yang terletak di lobi Hilton Kuala Lumpur sehingga 13 September 2019 serta pusat membeli-belah utama seperti Pavilion Kuala Lumpur ( 23 Ogos 2019 hingga 12 September 2019), Mid Valley Megamall (22 Ogos 2019 sehingga 13 September 2019) dan One Utama Shopping Centre (29 Ogos 2019 hingga 12 September 2019)

Anda juga boleh memesan dalam talian di sini. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 2264 2206 atau e-mel [email protected]on.com