Kasut Giuseppe Zanotti x Neelofa Kini Ada Di Pavilion

Bergaya seperti Neelofa dengan kasut edisi terhad ini

Giuseppe Zanotti bersama Neelofa telah meraikan pelancaran rasmi kasut koleksi eksklusif yang direka oleh pereka fesyen Itali terkemuka untuk ikon fesyen di Malaysia, di butiknya yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.

Acara peribadi yang dinantikan ramai ini telah dianjurkan oleh Neelofa dan Sharan Valiram, Pengarah Eksekutif Valiram, rakan runcit jenama tersebut di Malaysia. Acara itu telah dihadiri oleh rakan media, selebriti dan rakan jenama tersebut termasuklah Nora Danish, Elfira Loy, Jihan Muse dan Jasmine Suraya Chin.

Sebagai seorang usahawan dan ikon gaya dan fesyen, tidak hairan jika koleksi The Liza dari Giuseppe Zanotti telah dipilih oleh Neelofa untuk dibentuk semula bersama Zanotti. Ia adalah antara gaya kegemarannya daripada jenama tersebut. Dua reka bentuk kasut eksklusif telah dilancarkan iaitu “The Dazzling Liza for Neelofa” telah direka semula dalam suede biru muda yang ditaburi dengan kristal berwarna terang yang memberikan sentuhan keyakinan sementara “Mirror Liza for Neelofa” pula dibaluti kulit metalik rona perak juga rose gold untuk memberikan sentuhan berani pada si pemakai.

Ini adalah pertama kali Zanotti bekerjasama secara eksklusif dengan selebriti Asia Tenggara, mewujudkan koleksi terhad yang mencerminkan gaya dan cita rasa selebriti tersebut.

Zanotti dan Neelofa telah bertemu di Paris pada bulan Jun lalu untuk membincangkan rekaan kasut edisi terhad tersebut. Ia adalah pertemuan kedua mereka selepas Neelofa muncul di pertunjukkan fesyen Giuseppe Zanotti Musim Luruh/Sejuk di Milan pada Februari lalu.

Kedua ikon itu bertemu buat kali kedua ketika Neelofa menghadiri pertunjukan koleksi wanita Musim Panas/Bunga 2020 yang diadakan di Milan.

Kasut edisi terhad yang diilhamkan oleh gaya fesyen Neelofa yang unik ini boleh didapati secara eksklusif di butik jenama tersebut di Pavilion Kuala Lumpur dengan harga RM9,790 untuk Dazzling Liza dan RM3,890 untuk Mirror Liza.

 

Betty Rahmad, Cathy Danish, Nora Danish & Natasha Ozeir

Jihan Muse & Adeline Tsen

Neelofa & Elfira Loy

Neelofa & Jasmine Suraya Chin

Nora Danish, Jihan Muse, Azira Shafinaz, Neelofa, Betty Rahmad & Fiza Sabjahan

Rosix Omar, Mira Zulkifli, Neelofa & Nurul Zulkifli

Shariff Taufik & Indah Ruhaila

Syaza Khan & Fiza Khan