Hiasi Penampilan Dengan Koleksi Magis Pandora x Harry Potter

Comelnya loket Harry Potter x Pandora.

Dengan kerjasama Produk Pengguna Warner Bros, Pandora memperkenalkan koleksi aksesori bertemakan siri filem magis, Harry Potter. Dilancarkan pada November lalu, Pandora akan debut koleksi kapsul daripada 12 produk buatan tangan termasuk charms, pendants dan gelang yang diilhamkan daripada dunia ajaib Harry Potter.

Watak Harry Potter, Hermione Granger dan Ron Weasley dibawa ke alam nyata sebagai loket perak bersama beberapa simbol terkenal daripada buku dan filem popular tersebut seperti Istana Hogwarts dan loket Golden Snitch di Pandora Shine.

“Harry Potter telah membawa kegembiraan dan kepercayaan tentang keajaiban kepada generasi sekarang dan sudah bertahun peminat Pandora bertanyakan tentang koleksi ini. Perhiasan Pandora sentiasa menghidupkan cerita peribadi manakala nilaiĀ  persahabatan, kasih sayang dan keberanian seperti Harry Potter sentiasa menjadi ciri utama peminat Pandora. Kami sangat gembira untuk membawa koleksi ini kepada peminat di seluruh dunia,”- Stephen Fairchild, Ketua Pegawai Kreatif dan Pegawai Jenama Pandora.

Apabila mereka bentuk koleksi ini, Francesco Terzo dan A. Filippo Ficarelli, Pengarah Kreatif VP Pandora telah mendapat ilham daripada watak ikonik yang ditulis oleh J.K Rowling untuk mencipta perhiasan buatan tangan yang menggabungkan Pandora dan Harry Potter.

Melengkapkan koleksi ini adalah loket Hogwarts School of Witchcraft and Wizardy, Dobby the House Elf yang direka sedang memegang stokin Harry Potter di belakangnya dan Hogwarts Express dengan ukiran “Anything from the Trolley, dears” di bahagian bawah.

Semua loket rumah Hogwarts direka dalam bentuk sterling perak bersama double dangles dengan butiran ketukangan yang pasti akan buat peminat teruja seperti di bahagian depan loket terdapat ukiran logo rumah dikelilingi kristal yang melambangkan warna rumah tersebut. Pada bahagian belakang pula, di bahagian penjuru telah dihiasi dengan permata yang merujuk kepada benteng istana Hogwarts dan bail yang berbentuk seperti lambang Hogwarts.

Dapatkan kesemua loket ini dan hiaskannya mengikut cita rasa anda pada gelang Pandoran Moments yang menampilkan simbol Quidditch pada bahagian hujungnya. Koleksi Harry Potter x Pandora ini sudah berada di kedai Pandora seluruh dunia dan pandora.net sejak 28 November lalu.