Gaya Neelofa Curi Tumpuan Di Acara Fesyen Bottega Veneta

Turut menjadi selebriti Malaysia pertama dijemput ke pertunjukan fesyen Versace.

Neelofa sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi selebriti pertama Malaysia yang menerima undangan menonton acara pertunjukan fesyen Versace di Milan, Itali bersempena Minggu Fesyen Milan. Pelakon cantik itu turut menzahirkan rasa teruja kerana turut menerima undangan bagi acara pertunjukan fesyen daripada jenama terkenal, Bottega Veneta.

Tampil dengan gaya yang agak ringkas, Neelofa menggayakan persalinan monokrom dengan padanan akhir tas tangan rona krim dengan solekan tanpa mekap (no make-up look).

“Saya sebenarnya agak gementar untuk menggayakan stail berkenaan. Tetapi saya yakinkan diri. Alhamdulillah, saya telah menerima respons yang sangat positif daripada pasukan PR Bottega dan orang ramai.”- Neelofa

Tambah Neelofa lagi, topi sama warna yang dipakai ketika menghadiri acara tersebut adalah hasil kreativiti jurugaya, Colin Sim yang mereka sendiri item berkenaan.

1 of 10

1 of 10