Gabungan Tiga Budaya Jadi Ilham Busana Kebangsaan Miss Universe

Wow!

Shweta Sekhon, Miss Universe 2019 telah memperagakan ” A Peranakan Indulgence”, busana kebangsaan dan gaun malam yang bakal dipersembahkan di pentas Miss Universe ke 68 yang akan berlangsung di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Shweta kelihatan gah dalam persalian kostum kebangsaan yang direka khas oleh pereka fesyen Malaysia terkenal Carven Ong yang telah memberikan penghormatan kepada budaya yang pelbagai di Malaysia dari komuniti Melayu, Cina dan Peranakan dengan pilihan bahan untuk kostumnya. Selain itu, Carven Ong juga turut mereka gaun malam yang diilhamkan oleh pantai berpasir di Malaysia.

Ong telah meluangkan masa tiga bulan untuk mencipta kostum kebangsaan ini dengan menggabungkan unsur budaya Melayu, Cina dan Peranakan. Bahagian tubuh busana ini dibuat menggunakan songket, fabrik mewah yang lazim digunakan dalam pakaian perkahwinan Melayu dan disulam dengan hiasan manis yang rumit sementara sayapnya dibuat menggunakan batik Nyonya, kain yang paling disukai oleh wanita Peranakan dan biasa digunakan sebagai sarung.

Cape emas diperbuat daripada kain songket dengan benang emas dan disulam dengan manik merah menambahkan lagi sentuhan hebat pada kostum dan diilhamkan daripada busana perkahwinan yang dipakai oleh pengantin Peranakan yang turut melambangkan penyatuan Yin dan Yang. Sayap batik Nyonya pula mewakili ekor ikan emas untuk melambangkan kekayaan dan kemakmuran. Untuk perhiasan kepala, Ong telah memilih bunga aster emas untuk mewakili, kepintaran dan kewanitaan serta menyerlahkan lagi kecantikan dalaman si pemakai.

Rujukan antara budaya ini ditekankan lagi dengan persembahan pelbagai jenis kuih tempatan daripada Melayu dan Pernakan yang mengelilingi kostum tersebut termasuk kuih lazat seperti onde-onde, kuih koci, ang ku, kuih talam, kuih lapis, kuih sago dan telur merah, lengkap dengan bakul siah (bakul tradisional Nyonya), yang mengingatkan semua kepada pesta perkahwinan Peranakan yang mewah dan sekali gus menambahkan warna pada pakaian tersebut.

Untuk gaun malam pula, Ong telah memilih rona karamel emas untuk mewakili pasir halus yang sering dijumpai di pantai Malaysia, dihiasi dengan manik kerang laut yang sebenar dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Semuannya dijahit tangan ke pakaian tersebut. Bentuk badan Shweta yang ramping diberikan lebih perhatian dengan reka bentuk korset dan bustier yang dibuat sepenuhnya dari organdie eksklusif dan dilengkapkan dengan siluet ekor ikan duyung di kedua-dua belah pinggulnya.

Pertandingan Miss Universe tidak akan lengkap tanpa Hadiah Kebangsaan dan tahun ini, sebagai sebahagian daripada FOX TV Holiday Line Up, organisasi Miss Universe akan bekerjasama dengan badan amal tempatan untuk mewujudkan kesedaran untuk galakkan anak kecil bermain dan membantu memastikan semua kanak-kanak berpeluang untuk menerima hadiah musim cuti ini.

Oleh itu, wakil Malaysia akan menyediakan hadiah percutian untuk disumbangkan kepada pemacu mainan tempatan untuk kanak-kanak yang memerlukan. Untuk Malaysia, Bowehaus dengan murah hati menyediakan patung mainan lembut yang direka dengan bentuk nenas tropika dan dihiasi dengan mutiara kristal Malaysia dan kristal batu untuk hadiah kanak-kanak. Tambahan pula, kanak-kanak tersebut akan menerima dandanan dalam daffodil yang terpilih.