Era Baru EP Yaying

Tampil dengan logo terbaru!

Kempen Musim Bunga/Panas 2020 EP Yaying menampilkan pengalaman baru bersama impak visual perkasa.

Ia memampatkan tenaga muda China serta pergolahan dialog ke dalam aura juga daya seorang wanita bersama semangat dan kepelbagaian yang positif lagi ceria, menerusi “potret kumpulan” gambar wanita moden kontemporari yang menafsirkan “kepelbagaian gaya” era baru ini.

Berdasarkan kepada perspektif global dan keaslian kerja tangan Cina, koleksi Musim Bunga dan Panas 2020 ini mengekalkan nilai teras jenama dan budaya yang berterusan. Selain itu, ia turut menampilkan logo yang diperbaharui serta dipertingkatkan kepada “EP YAYING” dalam ejaan Inggeris dan dalam masa yang sama mempersembahkan visi antarabangsa jenama ini dalam mengekalkan tradisinya.

Dari segi warna dan corak, koleksi terbaru ini menonjolkan satu demi satu rona terang dan tepu, dengan menyelusuri elemen Cina sebagai corak seni kotemporari. Pereka jenama bijak menggabungkan ciri sturktur sut Zhongsahan; bahasa gaun yang ditafsirkan menerusi efek khas seperti sutera, lipatan berbeza dan corak melata. Tanda pengenalan futuristik ditempatkan pada jaket hoodie dan baju panas sukan. Semua rekaan kreatif ini menghasilkan penampilan baru, kombinasi baru dan sifat pluralistik produk, sekali gus memasuki perkembangan baru jenama ini.

Ia adalah koleksi yang dekat pada jiwa dan kehidupan harian, penuh dengan impian dan relevan dengan pengguna. Ia akan sentiasa mencerminkan cita rasa dan keperibadian jenama ini dengan menggabungkan tradisi dan inovasi. EP Yaying, jenama China dengan pengalaman selama 30 tahun meningkatkan aspek kreativiti ke tahap yang baru! Bermula dengan Musim Bunga dan Panas 2020, koleksi baru EP Yaying ini meneroka keindahan serta keyakinan wanita.