Duck Jadi Jenama Skarf Pertama Di Asia Tenggara Berkolaborasi Dengan Barbie

Skarf Barbie x dUCk sudah habis dijual pada waktu tengah hari ia dilancarkan.

Sebelum obsesi dengan warna ungu, Datin Vivy Yusof, pengasas jenama dUCk akui dia memang sukakan warna merah jambu. Dan dia turut akui bahawa obsesinya pada warna ini bermula dengan ikon terkenal, Barbie.

Pada tahun 2018, dUCk diberi penghormatan untuk menjadi jenama Malaysia yang pertama membuat selendang Oriental versi kecil. Ia adalah satu masa yang luar biasa buat dUCk, sesuatu yang membanggakan buat Datin Vivy Yusof. Kini, jenama itu menjadi jenama selendang pertama di Asia Tenggara yang bekerjasama dengan Mattel sekali gus memenuhi impian Datin Vivy Yusof yang sememangnya meminati Barbie.

Untuk memperingati peristiwa penting ini, jenama tersebut telah menghasilkan beberapa koleksi menarik untuk meraikan berita gembira ini antaranya selendang, twillies, beg, kosmetik dan beg kosmetik.

Setiap item dalam koleksi ini direka dengan estetik ikonik Barbie seperti menggunakan warna terang, corak yang menyeronokkan dan sudah tentu banyak rona merah jambu. Dari bungkusan sehingga ke nama produk, semuanya telah dipilih untuk mencerminkan ciri Barbie.

 

Selendang (RM300) dan Twillies (RM80)

Setiap selendang dan twillie edisi terhad Barbie x dUCk hadir dalam warna terang yang harmoni. Twillies dUCk turut membuat kemunculan kembali sebagai aksesori tambahan untuk digayakan pada leher, pergelangan tangan atau diikat pada tali beg anda. Setiap selendang dan twillies ini direka dalam corak sepadan dan membawa nama yang berkaitan dengan Barbie seperti Groundbreaker, Trendsetter, Creator, Explorer, Dreamer dan Believer.

Beg (RM50)

Gaya seorang Barbie tidak akan lengkap tanpa beg. Beg Mini Carey, dengan saiz yang padat dan rekaan luar yang chic menjadikannya sempurna untuk koleksi ini. Diubah menggunakan warna terang dan dual tone, ia diinspirasikan daripada ikon itu sendiri. Direka dalam empat rona berbeza, kesemua koleksi ini diberikan nama sempena kawan baik Barbie. Memperkenalkan Teresa, Nikki, Renee dan Daisy!

Kosmetik (Set: RM250)

Pipi dan bibir merah jambu adalah salah satu gaya ikonik Barbie. Warna ini menjadi warna asas kepada empat koleksi gincu (RM50) dan palet wajah (RM85) dari koleksi Barbie x dUCk. Ia boleh didapati dalam bentuk set atau secara berasingan.

Koleksi ini memperkenalkan formula gincu terbaru dengan penamat satin dengan kilauan sempurna. Diformulasi dengan bahan berkhasiat seperti minyak argan dan Vitamin E, warna gincu pasti akan kelihatan lebih cantik pada bibir anda. Hadir dengan empat warna, The Real Queen (rosy pink), Act Class (warm coral), Fashionista (warm nude brown) dan Pretty Perfect (sweet pink).

Koleksi palet wajah Barbie x  dUCk terdiri daripada blusher (Beach Cruiser), bronzer (Tiki Hut) dan highlighter (Dreamhouse), semuanya dalam saiz kompak yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Setiap warna boleh dicampur untuk memberikan penamat yang hebat.

Akhir sekali, beg pouch kecil (RM80) untuk anda simpan koleksi kosmetik Barbie. Direka dengan rona merah jambu terang, ia juga mempunyai zip edisi terhad Barbie x  dUCk.

Kesemua item ini boleh didapati bermula 6 Disember 2019 di butik dUCk di KLCC, Pavilion, One Utama, Setia City Mall, boleh didapati di Singapura bermula 10 Disember 2019, kedai FashionValet atau menerusi dalam talian.