Detoks Rambut Dengan Syampu Micellar

Tiada lagi kelemumur, rambut sihat dan bersinar

Jenama syampu terkenal, CLEAR memperkenalkan formula micellar baharu dengan sifar peratus silikon dan paraben dengan siri CLEAR Micellar Scalp Therapy yang mampu membersihkan liang kulit kepala daripada kotoran, membuatkan rambut terasa ringan, segar dan bebas kelemumur*.

Siri CLEAR Micellar Scalp Therapy ini adalah produk micellar pertama dan sifar peratus dari jenama tersebut. Pengguna boleh membuat pembelian produk di cawangan Guardian yang berhampiran.

Diformulasikan dengan molekul micelle mikro bersaiz kecil yang mampu untuk menyerap ke dalam kulit kepala untuk membersihkan kotoran yang melekat di liang kulit kepala. Produk ini turut diperkaya dengan ekstrak bahan semula jadi, sifar peratus silikon dan paraben. Selain itu, syampu ini juga membantu membuatkan rambut terasa lembut, ringan dan pada masa yang sama memberikan kesegaran kepada rambut anda. Dengan adanya kesan bahan aktif anti-kelemumur* juga membantu menghilangkan mikrob dan menghalang kelemumur daripada kembali.

produk Micellar CLEAR didatangkan dalam lima varian yang terdiri daripada syampu dan perapi. Antara ciri utama produk penjagaan rambut ini adalah seperti berikut:

1. Formula Micellar

Formula Micellar adalah gabungan molekul permukaan yang menyerap air dan minyak, dikenali sebagai micelle. Molekul ini melekat dengan minyak dan kotoran di kulit kepala seperti magnet dan membantu membersihkan kotoran, minyak dna sebarang bahan pencemar alam sekitar secara lembut untuk kulit kepala. Syampu pula menghasilkan buih yang banyak untuk membuang kotoran dengan lebih berkesan daripada liang kulit kepala dan helaian rambut.

2. Ekstrak bahan semula jadi dengan sifar peratus silikon dan paraben

Ekstrak bahan semula jadi dengan sifar silikon dan paraben bertindak lembut untuk kulit kepala. Siri ini berada di skala pH 5.5, iaitu tahap asid lemah yang tidak akan memberi kesan kepada kulit kepala. Ia mengurangkan keradangan dan kerengsaan kulit kepala akibat mikrob dan bahan kimia berbahaya. Ini membolehkan lembapan masuk ke dalam rambut dan menghasilkan rasa ringan dan bau segar kepada rambut.

3. Mengelakkan Kelemumur

CLEAR Micellar Scalp Therapy juga mengandungi bahan aktif anti-kelemumur*. Ia membantu menghilangkan mikrob untuk rambut yang bebas kelemumur. Daripada membersih, menghidrat, memperkuat sehinggalah kawalan minyak, terdapat pelbagai pilihan untuk setiap jenis rambut dengan fungsi unik yang ada.

*tiada kelemumur kelihatan dengan penggunaan kerap

Lima varian tersebut adalah:

  Varian Manfaat
1 Purifying (Wanita)

·         Micellar Scalp Therapy Purifying – Syampu & perapi

Dihasilkan dengan 100% ekstrak semulajadi buluh & menthol untuk membersih dan menyegar rambut dan kulit kepala anda
2 Hydrating (Wanita)

·         Micellar Scalp Therapy Hydrating – Syampu & perapi

Dihasilkan dengan 100% ekstrak semulajadi buah delima untuk menyuburkan rambut dan kulit kepala kering
3 Oil Control (Wanita)

·         Micellar Scalp Therapy Oil Control – Syampu

Dihasilkan dengan 100% ekstrak teh putih semulajadi untuk membantu menghilangkan lebihan minyak di rambut dan kulit kepala
4 Purifying (Lelaki)

·         Men Micellar Scalp Therapy Purifying – Syampu

Dihasilkan dengan 100% ekstrak buluh semulajadi & menthol untuk membersih dan menyegar rambut dan kulit kepala
5 Energizing (Lelaki)

·         Men Micellar Scalp Therapy Energizing – Syampu

Dihasilkan dengan kaffein & menthol membantu merangsang kulit kepala dan menghilangkan bau peluh

Formulasi untuk senarai produk syampu dan perapi ini dihasilkan dengan teliti bagi menjadikan kulit kepala anda bersih dan boleh bernafas, dengan rambut yang terasa ringan dan berbau segar. Anda boleh memilih daripada lima varian yang ada bergantung kepada keperluan kulit kepala anda.

Siri CLEAR Micellar Scalp Therapy boleh didapati dengan harga RM29.90 untuk syampu dan RM29.90 untuk perapi sekarang.