David Beckham Tampil Dengan Koleksi Kaca Mata

Bergaya seperti David Beckham dengan kaca mata ini.

Koleksi DB eyewear oleh David Beckham menampilkan rekaan monogram DB yang baru buat pertama kali.

Tanda DB ini mentakrifkan koleksi kaca mata ini sebagai yang terbaik- dari segi ketukangan, reka bentuk sehinggalah bahan yang digunakan untuk membuat koleksi ini.

Menggabungkan gaya dan personaliti Inggeris dengan semangat vintaj dan tumpuan pada perincian dan fungsi, koleksi kaca mata itu meliputi pelbagai rangkaian kaca mata hitam dan bingkai optik.

Direka menggunakan material ringan dan mineral khas, kanta photochromic atau polar, yang memang terkenal sebagai aksesori yang sempurna dan berfungsi untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja.

Koleksi kaca mata DB oleh David Beckham ini boleh didapati di seluruh dunia di kedai kaca mata terpilih. Koleksi ini dihasilkan dan diedarkan oleh Safilo Group, jenama yang terkenal dalam reka bentuk, pembuatan dan pengedaran cermin mata hitam, bingkai optik dan produk serta kaca mata sukan.