Bukan Salah Steve Harvey, Pemenang Kostum Kebangsaan Sebenar Adalah Filipina

Malaysia tetap berbangga dengan Shweta Sekhon, tahniah diucapkan kepada Filipina!

Tamat sudah pertandingan tahunan yang memperlihatkan ratu cantik dari Afrika Selatan dinobatkan sebagai Miss Universe yang baru.

Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon, telah memenangi hati peminat pertandingan Miss Universe dengan kostum kebangsaannya yang direka oleh Carven Ong.

Namun, kemenangan sebenar bukanlah kepunyaan Malaysia sebaliknya milik Filipina. Berita ini telah disahkan sendiri oleh pihak Miss Universe menerusi akaun Twitter mereka.

Pengacara, Steve Harvey sebenarnya telah mengumumkan pemenang yang betul untuk pertandingan Kostum Kebangsaan 2019 ini.

Kejadian ini bagaikan deja vu pada pertandingan Miss Universe 2015 di mana pengacara 62 tahun itu tersilap mengumumkan nama pemenang.

Bagaimanapun, kejadian ini bukan kesilapan Harvey sepenuhnya. Saat dia ingin mengumumkan pemenang di mana skrin menunjukkan kostum dari Filipina, dia sedang menemubual Shweta Sekhon. Saat itu, Shweta dengan sopan memberitahu Harvey bahawa dia bukan dari Filipina sebaliknya Malaysia.

Harvey kemudian memberitahu dia tidak melakukan kesalahan sebaliknya hanya membaca teleprompter yang berada di hadapannya.

“Baik, biar saya terangkan sesuatu kepada anda semua, saya hanya membaca dalam teleprompter. Anda semua perlu berhenti melakukan perkara ini kepada saya, saya boleh membaca ini. Mereka sedang cuba membetulkannya sekarang. Ini apa yang mereka lakukan pada saya pada tahun 2015,” – Steve Harvey.

Walaupun berlaku kesilapan mengecewakan ini, sekurang-kurangnya Shweta mempunyai peluang untuk memberitahu serba sedikit mengenai kostum kebangsaannya yang direka oleh Carven Ong.

Apa pun, Jelita berbangga dengan Shweta Sekhon dan Carven Ong yang telah menghasilkan busana indah ini.

Baca Juga: Gabungan Tiga Budaya Jadi Ilham Busana Kebangsaan Miss Universe