Berenang Penuh Gaya Bersama Koleksi Nike Victory Swim

Nike Victory Swim, sopan dan selesa.

Berenang seperti ikan duyung di pantai tanpa perlu hiraukan apa sahaja! Dengan koleksi Nike Victory Swim yang baru, anda boleh berenang dengan selesa.

Koleksi ini boleh didapati dalam set penuh, Nike Victory Full-Coverage Swimsuit atau secara berasingan seperti Nike Victory Swim Hijab, Nike Victory Swim Tunic Top dan Nike Victory Swim Leggings. Koleksi ini membawa inovasi pada prestasi pakaian renang yang sopan. Siluet yang anggun dan inovatif ini memberi pilihan kepada atlet wanita yang mencari pakaian sopan dan selesa untuk aktiviti di dalam air.

Inspirasi untuk menghasilkan koleksi ini bermula dengan penerimaan baik atlet terhadap Nike Pro Hijab dan pereka Nike telah berazam untuk meneruskan inovasi untuk atlet dari semua latar belakang, jenis badan, kebolehan dan aspirasi.

Di saat pereka terus belajar daripada atlet, mereka melihat jurang yang ketara dalam pakaian untuk sukan air, khususnya, kekurangan pilihan untuk atlet wanita yang perlu memilih di antara kesopanan ddan pergerakan dengan keselesaan dan keyakinan.

Produk sedia ada pula tidak mempunyai liputan atau fungsi yang diingini. Para atlet wanita terpaksa mengenakan pakaian longgar yang menyukarkan mereka untuk berenang ke hadapan dan turut risau sama anda hijab atau baju mereka akan tetap berada di tempat yang sama.

Direka daripada fabrik bersulam, Nike Victory Swim Collection adalah ringan, kulit mudah bernafas dan cepat kering. UPF 40+ rating dari kepala ke kaki menawarkan faedah tambahan untuk melindungi kulit daripada matahari.

Kedua Nike Victory Full-Coverage Swimsuit dan Nike Tide Swim Tunic Top mempunyai bra sukan yang direka di bahagian dalam dengan cawan yang berlubang. Nike Victory Swim Leggings pula mencerminkan siluet sederhana yang membolehkan kelajuan dan ketangkasan tanpa perlu melekap secara berlebihan pada kulit. Manakala The Swim Hijab mempunyai poket mesh yang akan memastikan rambut sentiasa kemas di dalam walaupun ketika sedang bergerak di dalam air. Ternyata rekaan ini telah mengagumkan setiap atlet yang menguji pakaian ini.

Pereka Nike Victory terus menggunakan inspirasi daripada para atlet seperti tokoh luncur air, Zahra Ali, atlet pertama dalam sukannya untuk menggunakan hijab dalam pertandingan. Di luar rutin luncurnya, Zahra suka berenang secara teratur untuk sesi latihan dan aerobik tambahan. Dia juga kongsikan pengalaman mengenakan Nike Victory Swim telah membuatkannnya berasa seperti dia sudah bersedia untuk mencapai apa sahaja tidak kira di dalam atau luar air.

Koleksi The Nike Victory Swim ini boleh didapati pada 1 Februari di nike.com atau di butik terpilih.